• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bulan Puasa Pun Masih Tabur Berpropaganda…

oleh Ahmad Albab
01/06/2017
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Mohd. Sany Hamzan menuduh Ramadan tahun ini merupakan Ramadan paling sengsara buat rakyat Malaysia.

Beliau mendakwa rakyat sedang menderita kerana kos hidup di negara ini semakin meningkat naik dan harga barangan tidak lagi mampu dikawal oleh kerajaan melalui agensinya.

Mohd. Sany mendakwa kononnya perkara itu terbukti dengan tindakan peniaga bazar Ramadan menaikkan harga jualan yang memberi kesan besar kepada pembeli.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) seolah-olah tiada fungsinya.

“Kementerian ini gagal untuk menjalankan tugasnya bagi memastikan harga barangan selari dengan harga yang ditetapkan.

“Kegagalan fungsi penting kerajaan seperti KPDNKK ini adalah satu malapetaka besar buat negara, kerajaan yang ada tidak lagi mampu untuk mengurus hal negara khususnya melibatkan kepentingan rakyat,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dakwaan beliau itu bagaimanapun agak mengelirukan kerana rata-rata bazar Ramadan yang beroperasi tahun ini mendapat sambutan orang ramai yang mahu membeli juadah berbuka puasa.

Malah, tinjauan Mynewshub di beberapa bazar Ramadan di sekitar Lembah Klang mendapati setiap sudut bazar Ramadan terbabit dipenuhi orang ramai dari petang hingga masuk waktu untuk berbuka puasa.

Lebih menarik, bukan Islam turut mengunjungi bazar Ramadan untuk membeli makanan dan minuman yang dijual peniaga di situ walaupun mereka tidak berpuasa. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Mohd. Sany Hamzan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pakatan Harapan Bersedia Lawan PAS Dalam PRU14

21/07/2017
0

KUALA LUMPUR - Tindakan PAS mengisytiharkan akan bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh membuktikan PAS telah bersedia untuk menentang Pakatan...

PAS Tidak Wajar Buat Persepsi Jijik! – PAN

29/04/2017
0

KUALA LUMPUR - "PAS tidak sewajarnya membuat persepsi jijik demi menggagalkan hasrat rakyat membuat perubahan," dakwa Ketua Pemuda Parti Amanah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd