KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan menegaskan Pakatan Harapan (PH) mahu membawa budaya politik baharu dalam negara.
Menurut beliau, PH mahu membawa budaya politik yang mempunyai nilai akhlak dan adab, memiliki jati diri, berilmu serta berprinsip.
“Kami orang politik kami nak menang dalam pilihan raya, tapi kita nak menang dalam pilihan raya apa yang nak kita bawa? Kita nak bawa satu pendekatan budaya politik baru.
“Yang ada akhlaknya, yang ada adabnya, yang ada jati diri, yang ada nilai ilmunya, yang ada prinsip nilainya, yang ada integritinya.
“Bukan tak suka dengan aku kamu fitnah, kamu cerita benda yang tak betul, kamu adu domba, kamu tipu,” katanya dalam satu ucapan di muat naik di media sosial.
Dalam pada itu, Mohd Sany mengakui ramai pihak mempersoalkan nada beliau ketika bercakap termasuk pada sidang Parlimen, tapi baginya itu adalah cara beliau.
“Bila soal nada itu biasalah. Mungkin ada yang suka jazz , ada yang suka slow rock, ada yang suka Deep Purple, ada suka Metallica. Itu ‘style’ saya,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, nada beliau itu tidak memfitnah mana-mana pinak sama ada di dalam Parlimen mahupun ketika berkempen pilihan raya.
“KPI saya, makin banyak orang maki pada saya, maksudnya apa yang saya lontar, apa yang saya luahkan, apa yang saya hasratkan itu.. maksudnya, ada pihak yang tak bersetuju, tak boleh menerima.
“Kadang-kadang saya sedih, (tapi) saya tak ada masalah mereka nak maki saya,” katanya. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto/Rakaman Video: Akaun Media Sosial Sany Hamzan


