• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakatan Harapan Bersedia Lawan PAS Dalam PRU14

oleh AK-47
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan PAS mengisytiharkan akan bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh membuktikan PAS telah bersedia untuk menentang Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Mohd. Sany Hamzan berkata, ia satu mesej besar daripada Pas bahawa mereka tidak lagi berkompromi untuk menentang Pakatan Harapan.

“Tindakan tersebut bukanlah satu yang jelik apabila PAS sejak daripada awal enggan untuk bersama dalam gabungan pembangkang.

“Tindakan PAS mengumumkan untuk bertanding di kerusi itu menatijahkan sikap PAS pada pilihan raya yang akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Sany berkata, Pakatan Harapan bagaimanapun telah membuat persediaan untuk berhadapan dengan PAS dalam PRU14.

Terdahulu, Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat dalam kenyataan berasingan mendakwa Imej politik Islam terjejas teruk disebabkan oleh PAS.

Beliau mendakwa, PAS merosakkan imej Islam apabila mengumumkan akan bertanding di Permatang Pauh dalam PRU14.

Semalam, Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi amaran kepada PAS supaya jangan mencabar parti itu.

Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang berkata, PKR kesal PAS mengadakan Program Pelancaran Jentera Pilihan Raya di Permatang Pauh pada 16 Julai lalu.

Kata beliau, program PAS itu merupakan satu tindakan provokasi dan angkuh yang tidak membantu dalam usaha menewaskan parti kaum Melayu UMNO.

Ahli Parlimen Permatang Pauh ialah isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Mohd. Sany HamzanPASPRU14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak boleh memberikan syurga kepada sesiapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd