• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ini Lagi Selamba… Bawa Anjing Lepak McDonald’s

oleh AK-47
30/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tindakan sekumpulan remaja membawa seekor anjing ketika berada di sebuah restoran makanan segera di Bukit Indah, di sini, disifatkan sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam.

Gambar kumpulan remaja berkenaan yang dilihat berada di ruang lobi premis McDonald’s itu dirakam oleh seorang pengguna Facebook, Mohd Fairus Othman pada Ahad.

Ini Lagi Selamba... Bawa Anjing Lepak McDonald's

Ini Lagi Selamba... Bawa Anjing Lepak McDonald's

Menurut Fairus, dia yang pada ketika itu sedang memandu di lorong pandu lalu terkejut melihat tindakan kumpulan berkenaan lalu memberitahu hal tersebut kepada staf.

Reaksi netizen pula rata-rata menyalahkan pihak pengurusan McDonald’s kerana membiarkan sahaja kumpulan remaja berkenaan dan tidak kurang juga mengecam perbuatan remaja tersebut.

“Bebudak Cina kat Malaysia ni memang kurang ajar sikit bab-bab sensitiviti dengan bangsa lain. Diorang fikir bapak diorang punya jalan atau dalam kes ni diorang fikir Mcdonalds tu bapak diorang punya.

“Feel free to ‘ajar’ bebudak ni cara hormat dan respek masyarakat sekeliling sebab orang tua berbangsa Cina macam saya pun akan faham,” tulis How Hung Chong.

Sementara itu, maklum balas daripada McDonald’s Malaysia dalam satu kenyataan media meluahkan kekesalan dengan tindakan pelanggan terbabit ekoran melanggar peraturan dan mengganggu ketenteraman pelanggan lain.

“Tindakan dilakukan pelanggan terbabit melanggar kod kebersihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melarang haiwan peliharaan berada di premis makanan, serta peraturan mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),” katanya.

Jelas kenyataan media itu lagi, McDonald’s Malaysia sentiasa menitikberatkan aspek kebersihan, keselamatan dan pematuhan Halal di semua premis.

Difahamkan, pengurusan restoran makanan segera itu telah menjalankan proses pembersihan (sertu) dengan serta-merta di ruang lobi luar dengan panduan daripada pengurusan masjid berhampiran. – MYNEWSHUB.CC

Tags: anjingmasyarakat CinaMcDonald'ssensitiviti agama
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Perikatan Nasional (PN) kini...

‘Saya Sudah Agak Tuduhan Ini Akan Dilemparkan’ 

‘Saya Sudah Agak Tuduhan Ini Akan Dilemparkan’ 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan memaklumkan beliau sudah menjangka tuduhan dirinya berdiam diri ketika berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd