• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kawalan Keselamatan Semua Pintu Masuk Dipertingkat

oleh Ahmad Albab
29/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Kawalan keselamatan di semua pintu masuk seluruh negara termasuk laluan tikus akan dipertingkat bagi memastikan anggota pengganas yang kini diburu pihak berkuasa negara jiran tidak menyusup masuk ke negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri berkata tindakan itu diambil susulan berlakunya beberapa siri serangan keganasan melibatkan anggota militan di Marawi, selatan Filipina, Indonesia dan Bangkok, Thailand baru-baru ini.

“Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia akan memantau dengan dekat kerana memang ada kemungkinan mereka (anggota pengganas) yang terlepas lari dari Marawi (Mindanao) atau dari Indonesia dan Bangkok akan ke Malaysia kerana sedang diburu pihak berkuasa di negara terlibat

“Kita akan pastikan pintu-pintu masuk mempunyai siap-siaga yang tinggi termasuk lorong-lorong tikus serta kawalan sempadan Semenanjung Malaysia ditingkatkan dengan bantuan Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Esscom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) untuk kawalan di timur Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama warga Kementerian Dalam Negeri peringkat Terengganu di Masjid Tok Jembal, di sini, hari ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd