• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Kekasih Berdepan Hukuman Gantung

oleh Ahmad Albab
29/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bayi lelaki berusia setahun lapan bulan, anak kepada wanita berkenaan, minggu lepas.

Sofia Nabila Naim, 22, dan Mohd Hanafi Misban, 28, bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan sebaliknya hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Salawati Djambari.

Mohd Hanafi merupakan seorang mekanik manakala Sofia tidak bekerja dan kini hamil tiga bulan, hasil hubungan mereka.

Mangsa bayi itu merupakan anak kepada tertuduh wanita hasil hubungan luar nikah dengan lelaki lain.

Kedua-duanya, yang tinggal bersekedudukan, didakwa secara bersama melakukan kesalahan itu ke atas mangsa, Muhammad Zahril Sufyan Abdul Zahir, di sebuah rumah di Blok 4 peringkat dua, Felda Bukit Easter, Kota Tinggi, antara 7.10 pagi hingga 2.30 petang, 15 Mei lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun keseksaan dan dibacakan bersama Seskyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Hakim menetapkan 3 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan laporan penuh bedah siasat dan ujian DNA.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Suhaila Shafi’uddin manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

12/05/2026
0

KOTA BHARU – Seorang penuntut kolej dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Kolej...

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd