• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAMA N.Sembilan Sasar Buka 6 Pasar Tani Baharu

oleh Ahmad Albab
28/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutusan (FAMA) Negeri Sembilan menyasarkan untuk membuka enam lagi pasar tani di negeri ini pada tahun ini.

Pengarahnya Muslim Manja berkata pasar tani baharu itu ialah Pasar Tani Bandar Seremban Selatan, Pasar Tani Nusari Biz (tambahan hari), Pasar Tani Gadong Jaya, Pasar Tani kawasan rehat dan rawat (R&R) Plus Arah Utara, Pasar Tani R&R Plus Arah Selatan dan Pasar Tani Bandar Seri Jempol (tambahan hari).

“Ia akan memberi peluang perniagaan kepada 200 pengusaha baharu. Saya percaya kewujudan pasar tani di kawasan berkenaan bakal memberi manfaat kepada pengusaha baharu serta penduduk di sekitar kawasan tersebut,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Kini terdapat 24 pasar tani yang beroperasi di seluruh negeri, melibatkan 1,093 usahawan niaga dan nilai jualan yang dicatatkan bagi empat bulan pertama tahun ini (Januari-April) adalah RM8.2 juta.

“Purata jualan bulanan adalah RM2 juta dan dijangkakan jualan bagi 2017 boleh mencapai sehingga RM25 juta,” katanya.

Muslim berkata pasar tani yang mencatatkan jualan tertinggi adalah Pasar Tani Paroi Jaya iaitu RM931,300 diikuti Pasar Tani Ampangan (RM928,760) dan Pasar Tani Rembau (RM865,406).

Katanya, berdasarkan jenis produk jualan pula, makanan dan minuman mencatatkan jualan tertinggi iaitu RM2 juta diikuti sayur-sayuran (RM1 juta) dan ikan laut (RM1 juta). – BERNAMA

Tags: FAMA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

21/09/2023
0

Kuala Lumpur : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan meningkatkan jumlah jualan beras putih tempatan sebanyak dua kali ganda kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd