• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantuan Tesco Beri Sinar Harapan Amirul Sekeluarga

oleh Ahmad Albab
28/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Setelah ditinggalkan suami, Mastura Mohamad terpaksa mencari nafkah bagi menampung biaya persekolahan anak bongsunya, Muhammad Amirul Amin Roslan berusia 11 tahun.

Mastura, 49, yang kini hanya mengambil upah bekerja di kedai makan, tidak mampu untuk menampung biaya keperluan seharian.

“Sudah setahun dua bulan, dia terus mengabaikan kami anak beranak. Saya juga tidak mampu membayar sewa rumah yang tertunggak selama enam bulan dan terpaksa berpindah serta mengharapkan belas ihsan orang lain untuk menyewa bilik sebanyak RM200 sebulan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Dengan sekadar kerja di kedai makanan, beliau terpaksa mencari wang untuk menyara Amirul, anak perempuannya yang juga Orang Kuranh Upaya (OKU) beserta seorang cucu perempuan.

Susulan itu, pasar raya Tesco Extra Desa Tebrau hari ini menyampaikan sumbangan kepada Amirul yang kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Puteri Wangsa, antara 56 sekolah di seluruh negara yang menjadi sekolah angkat Tesco.

Mastura turut berterima kasih kepada pihak Tesco kerana sudi memberi bantuan kepada anaknya iaitu pakaian, barangan keperluan harian untuk meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini serta sebuah basikal bagi memudahkan Amirul untuk ke sekolah.

“Terima kasih kepada pihak Tesco kerana membantu saya dan anak-anak. Awal tahun ini Amirul tidak dapat ke sekolah kerana saya kesempitan wang dan Amirul juga antara pelajar terbaik di kelasnya, terima kasih kepada pihak sekolahnya yang juga sudi menghulurkan bantuan,” kata Mastura.

Amirul, ketika ditemui , berkata beliau sangat teruja untuk menyambut Aidilfitri tahun ini. Saya merasa sangat seronok kerana tahun lepas tidak mempunyai baju raya dan tiada persiapan untuk menyambut Hari Raya. Raya tahun ini sangat bermakna bagi saya,” katanya.

Selain itu, pelajar yang bercita-cita untuk menjadi seorang pereka kereta lumba itu, mengharapkan agar bapanya pulang ke pangkuan keluarga pada 1 Syawal nanti.

​​​​​​Sementara itu, Pengurus Besar Tesco Desa Tebrau Extra, N. Kumar Rajah, berkata pihaknya sangat berbesar hati dapat membantu Amirul dan keluarganya yang disifatkan datang dari keluarga yang tidak berkemampuan.

​​​​​​Bersempena dengan kempen ‘Dana Bulan Bermakna’ itu, pihak Tesco juga menyasarkan akan membantu seramai 500 pelajar dari 59 sekolah angkat Tesco di seluruh negara. – BERNAMA

Tags: bantuantesco
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kita Bangsa Johor Tidak Kira Agama, Bangsa, Latar Belakang – Onn Hafiz

Kita Bangsa Johor Tidak Kira Agama, Bangsa, Latar Belakang – Onn Hafiz

09/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) Johor memastikan tiada rakyat...

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bantuan kepada rakyat tidak seharusnya dilihat dari sudut kaum semata-mata,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd