• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Gangster Dipukul: “Baru Nak Ingat Tuhan Yer?”

oleh AK-47
28/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEBERAPA hari lalu, kecoh di media sosial Indonesia mengenai rakaman kumpulan samseng yang membuat onar membuli pengguna jalan raya di Jagakarsa, Indonesia Selatan.

Kumpulan yang dikenali sebagai ‘Gangster Jepang’ itu dianggotai kira-kira lebih 100 remaja lelaki dengan setiap daripada mereka dikatakan membawa senjata seperti parang dan beberapa senjata tajam.

Video: "Baru Nak Ingat Tuhan Yer?"

Menerusi rakaman video berdurasi satu minit 47 saat itu, ia jelas memaparkan bagaimana kumpulan samseng tersebut bertindak menendang beberapa penunggang motosikal tanpa sebab hingga berlakunya kemalangan.

Kedua-dua pembonceng dilihat jatuh tersungkur dan salah seorang mangsa cuba berlari ke bahu jalan bagi mengelak trafik.

Bagaimanapun, mujur pihak polis dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) bertindak pantas menangkap samseng-samseng itu untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

Video: "Baru Nak Ingat Tuhan Yer?"

Video: "Baru Nak Ingat Tuhan Yer?"

Lapor Tribunews, hampir kesemua ahli kumpulan bekenaan telah diberkas pada Selasa minggu lalu dan turut dirampas beberapa senjata tajam seperti sabit dan parang.

Tidak beberapa lama selepas penangkapan samseng-samseng tersebut, seorang pengguna Facebook berkongsi sebuah video yang memaparkan salah seorang daripada kumpulan samseng itu disebat berkali-kali oleh anggota penguatkuasa.

Jelas kedengaran suara samseng itu meminta ampun dan merayu agar tidak disebat lagi, malah turut kedengaran beberapa kali melaungkan kalimah “Allahu Akhbar” ketika menahan kesakitan akibat disebat bertubi-tubi dengan getah paip.

Walaupun segelintir netizen menganggap hukuman sebat itu terlalu kejam namun majoriti yang memberi komen menyokong tindakan anggota penguatkuasa itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Indonesiasamseng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd