• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Warga Malaysia Maut Di Marawi Tiada Didikan Agama

oleh Ahmad Albab
28/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata dua warga Malaysia yang terbunuh dalam pertempuran di bandar Marawi, Mindanao, Filipina  tidak langsung mempunyai pendidikan agama Islam sebenar.

Beliau berkata kedua-dua mereka sebaliknya mencari jalan singkat ke syurga dengan kononnya melakukan jihad.

“Mereka tidak ada pendidikan agama Islam pun, mereka mahu menjadi syuhada,” katanya ketika merasmikan program talaqqi dan tadarus 30 juzuk Al Quran di Masjid Al Hidayah Kampung Sungai Penchala di sini, hari ini.

Dua rakyat Malaysia itu dipercayai antara 13 militan yang terbunuh dalam pertempuran di selatan Filipina.

Pertempuran itu berlaku apabila pasukan keselamatan Filipina menyerbu Marawi untuk memburu pemimpin Kumpulan Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon, serta kumpulan Maute, yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Daesh.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata individu yang tidak memahami Al-Quran cenderung terlibat dalam kegiatan keganasan kerana salah mentafsir ayat kitab suci itu.

Katanya, mereka juga menjadi taksub dengan sesetengah individu yang menggunakan agama selain terpengaruh melakukan sesuatu yang terpesong daripada ajaran Al-Quran.

Baca: TPM Sahkan 2 Lelaki Malaysia Maut Di Marawi

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kajian dilakukan kementeriannya mendapati 87 peratus yang terlibat dalam kegiatan keganasan tidak mempunyai asas pendidikan agama.

Katanya, kerajaan telah mengambil langkah menahan individu yang terlibat dengan kumpulan keganasan dan melakukan program deradikalisasi bagi memulihkan mereka yang tersasar.

“Kita mohon supaya tidak berlaku kejadian keganasan di negara kita,” katanya.

Sementara itu, pada majlis tersebut, Ahmad Zahid menyumbangkan 320 naskah al-Quran kepada peserta program talaqqi dan tadarus berkenaan.

Beliau turut membaca surah Al-Baqarah bersama-sama 400 peserta program itu.

Turut hadir pengerusi masjid berkenaan Datuk Thobrani Hanafi dan pembimbing talaqqi Sheikh Said Abdellatif Karawia. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiMarawi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd