• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khalid Minta Henti Pemberian Lesen Pusat Hiburan

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri disaran agar menghentikan pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ini kerana terlalu banyak berlaku salah guna lesen untuk tujuan perjudian.

“Mengapa perlu ada pusat hiburan keluarga tetapi di dalamnya terdapat mesin yang kemudian disalah guna menjadi mesin judi,” katanya pada sidang media pada Majlis Perjumpaan Bersama Pegawai-Pegawai Kanan Kontinjen Melaka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Bukit Beruang hari ini.

Beliau berkata adalah tidak adil untuk mana-mana pihak menuding jari kepada polis dalam isu pencegahan judi sedangkan PBT sendiri yang mengeluarkan lesen dan mempunyai peruntukan undang-undang bagi membendungnya.

“Terdapat pelbagai peruntukan di bawah kuasa PBT termasuk menyita premis dan sebagainya. Namun apabila premis hiburan keluarga menyalah guna lesen, mereka (PBT) masih beri masa tiga bulan, enam bulan mahupun hingga hujung tahun, jadi masalah ini berterusan,” katanya.

Mengenai perjumpaan itu, Khalid berkata ia diadakan bersama pegawai berpangkat Inspektor bagi mendengar keluhan mereka.

Ia juga bertujuan memberi semangat kepada kontinjen Melaka untuk menjalankan tanggungjawab seperti biasa selepas berdepan isu penahanan anggota dan pegawai kanan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini, katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah ‘Menteri Kewangan Terbaik Asia’ Boleh Ditipu Dengan Mudah? – Ahmad Fadhli

Adakah ‘Menteri Kewangan Terbaik Asia’ Boleh Ditipu Dengan Mudah? – Ahmad Fadhli

22/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan sama ada seorang pemimpin yang pernah dicanangkan sebagai ‘Menteri...

Fadhli Shaari Bangkit Hubungan ADUN, Zetrix AI Dengan Syarikat Pembangun Aplikasi TuJu

Fadhli Shaari Bangkit Hubungan ADUN, Zetrix AI Dengan Syarikat Pembangun Aplikasi TuJu

22/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari membangkitkan hubungan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd