• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tidak Akan Lupa Pengorbanan ATM

oleh Ahmad Albab
26/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan melupakan jasa dan pengorbanan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pesara tentera yang mempertaruhkan nyawa mereka demi menjamin keselamatan negara sentiasa terjaga, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata atas dasar itu, sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjaga kebajikan mereka.

Beliau turut menyarankan rakyat Malaysia supaya bersama-sama menghargai pesara tentera dan menghormati mereka sebagai wira negara.

“Pernahkah tuan-tuan dan puan-puan terfikir bagaimana setiap hari kita dapat menjalankan pekerjaan kita, beristirehat dengan keluarga dan menghantar anak-anak ke sekolah dengan selamat dan tenteram?

“Sedar atau tidak pada saat ini, anggota pertahanan kita sedang berada di pesisiran pantai, di tempat-tempat awam, sedang mempertaruh nyawa menjaga keselamatan negara daripada ancaman dalam dan luar,” katanya menerusi blognya www.najibrazak.com.

Najib berkata dalam menghargai pengorbanan mereka, pada 2016 kerajaan membelanjakan kira-kira RM3.28 bilion untuk kebajikan pesara tentera dalam pelbagai aspek merangkumi pencen, ganjaran, faedah perubatan, baik pulih dan bina rumah, pengurusan jenazah, skim bantuan kebajikan dan sebagainya.

Beliau berkata kerajaan juga menyediakan bantuan bencana alam dan bantuan kesihatan sebanyak RM5,000 maksimum.

“Terdapat juga bantuan kemasukan anak ke universiti sebanyak RM1,000 bagi diploma serta RM1,500 untuk iijazah.

Bagi meringankan beban pesara tentera yang daif, uzur, hilang upaya atau menghidap penyakit kronik, mereka layak menerima bantuan kewangan RM300 sebulan melalui skim bantuan sara hidup, kata perdana menteri. – BERNAMA

Tags: KerajaanPesara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan pemimpin DAP meletak jawatan sebagai anggota Kabinet akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menarik...

Hutang Negara Bertambah Kerana ‘Interest’ 1MDB

Hutang Negara Bertambah Kerana ‘Interest’ 1MDB

20/07/2026
0

Hutang Negara Bertambah Kerana 'Interest' 1MDB Oleh Mynewshub KAJANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan jumlah hutang negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd