• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelydia Senrose Anggap Isu Cukai Selesai

oleh AK-47
24/05/2017
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON Nelydia Senrose menganggap masalah cukai pendapatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sudah selesai dan berharap isu itu tidak lagi dipukul canang.

Nelydia yang lebih mesra disapa Nely mengaku ‘terlepas pandang’ beberapa perkara berhubung prosedur percukaian hingga LHDN mengeluarkan tangkap ke atasnya bulan lalu, lapor BH Online.

“Saya anggap perkara itu sudah selesai dan tak perlu dipanjangkan. Ada salah faham antara saya dan LHDN.

“Saya mengaku khilaf disebabkan ada perkara yang terlepas pandang. Saya patut lihat hal ini dengan lebih mendalam dan teliti,” katanya.

Sebelum ini, kecoh apabila LHDN mengeluarkan waran tangkap terhadap Nelydia atau nama penuhnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 23, selepas pelakon jelita itu tidak hadir dalam prosiding kes gagal mengemukakan cukai pendapatan.

Nelydia menghadapi lima pertuduhan kerana gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang mengkehendaki Nelydia mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi lima tahun taksiran.

Dia dilaporkan gagal mengemukakan borang taksiran bagi tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.

Nelydia turut menghadapi satu lagi tuduhan iaitu gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 Akta Cukai Pendapatan 1967, bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN.

Pelakon itu berkata, isu cukai pendapatan berkenaan diselesaikan sekembalinya ke tanah air selepas bercuti, baru-baru ini. Ketika waran tangkap dikeluarkan, Nelydia bercuti di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK). – MYNEWSHUB.CC

Tags: CukaiLHDNnelydia senrose
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan adakah syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikenakan...

Kadar Elektrik Meningkat Lapan Bulan Berturut-Turut – Wee Ka Siong

Kadar Elektrik Meningkat Lapan Bulan Berturut-Turut – Wee Ka Siong

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Wee La Siong mendakwa bil elektrik semakin mahal yang turut dirasai oleh rakyat Johor ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd