• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adakah Berkongsi Ketuhanan Kristian Satu Jenayah?

oleh AK-47
22/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mempersoalkan adakah perbuatan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh berkarya dan berkongsi pengalaman ketuhanan Kristiannya dengan seluruh rakyat Malaysia termasuk umat Islam merupakan satu jenayah.

PAN yang merupakan salah sebuah anggota parti Pakatan Harapan yang diketuai DAP mendakwa kononnya pandangan seperti itu yang menyebabkan kaum Melayu dan Islam terperangkap dalam dilema emosional selama ini.

Naib Presiden PAN, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, implikasi daripada situasi itu menyebabkan Melayu dan Islam sentiasa berada di balik tembok kaum dan agama, manakala mereka yang cuba keluar daripada belenggu itu akan dianggap sebagai golongan liberal.

“Bukan sahaja sukar untuk menjadi kaum lain di Malaysia, menjadi Melayu pun susah. Lebih rumit bangsa dan kaum diadun dengan isu agama dan kepercayaan. Malah berkarya dan berkongsi pengalaman ketuhanan dalam kehidupan seseorang pun adalah satu jenayah di Malaysia.

“Kalau buku ‘Menjadi Hannah Yeoh’ dikatakan menyebar agama Kristian dan cubaan memurtadkan orang Islam, saya orang Melayu dan Muslim jujurnya dalam keadaan dilema. Ia membawa mesej membimbangkan kerana bangsa saya dan agama saya dipertontonkan sebagai lemah.

“Implikasinya ialah setiap kaum dan agama berada di balik tembok kubu masing-masing. Mereka yang cuba keluar dari belengu kubu masing-masing dikatakan ‘musuh’ dengan label Liberal dan murtad tidak kurang Munafik. Itu kubu Melayu,” dakwanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia, Dr. Kamarul Zaman Yusoff sebelum ini membuat laporan polis keatas Hannah berhubung agenda Kristianisasi seperti yang didakwa terkandung dalam buku tulisan Hannah bertajuk ‘Becoming Hannah’.

Dakwa Kamarul Zaman, Hannah dalam penulisannya mengakui penglibatan beliau di dalam bidang politik dibantu oleh pihak Kristian dan menggunakan kedudukan politik beliau untuk berdakwah mengenai agama Kristian. .

Penganalisis politik itu turut mendakwa Hannah menyeru Felo Kristian Seberang Laut dan penganut agama Kristian umumnya mengikut jejak langkah beliau menceburkan diri dalam bidang politik untuk membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian.

Mujahid seterusnya mendakwa kononnya beliau turut terperangkap dalam ‘dunia tembok’ kerana kebencian kaum dan agama yang keji di Malaysia diinstitusikan melalui sikap parti politik tertentu dengan restu pihak kerajaan.

Beliau memberi contoh tindakan PAS membentangkan RUU 355 bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah didakwa bertujuan menimbulkan kebencian terancang sesama umat Islam dan umat agama lain.

Dakwa beliau, logik dunia berhubung perkara itu mudah iaitu para penunggang agama, para penyebar kebencian dan parti politik yang terdesak adalah benifisarinya.

“Tembok kubu dikawal oleh bomoh-bomoh handal dan pendita-pendita yang kerjanya ‘menjampi serapah’ mangsa ‘sihir’ dan para pendita yang siang malam berkhutbah dan menghukum mereka yang mahukan bebas dari kubu-kubu ini. Namun saya beruntung kerana ada ‘kunci’ keluar dari tembok penjara ini.

“Saya telah temui apa yang perlu dijaga dan dikawal, bukan tembok Melayu-Islam, tembok Cina- Kristian, tembok India-Hindu. Saya perlu memelihara Tembok Kubu Kemanusiaan, Kubu Kebebasan dan Kubu Kasih-Sayang.

“Kubu ini tidak dicam dengan agama atau bangsa, luas terbentang, semuanya bebas keluar masuk. Hanya satu sahaja matlamat mereka iaitu mengawal musuh durjana yang mengancam kemanusiaan daripada para penunggang kaum dan agama. Awas musuh-musuh ini yang berselindung di sebalik wajah agama dan bangsa,” dakwanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Hannah YeohPAN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

163 Rumah Ibadat Bukan Islam Atas Tanah Kerajaan Ditangani Secara  Berhemah Penuh Hormat

163 Rumah Ibadat Bukan Islam Atas Tanah Kerajaan Ditangani Secara Berhemah Penuh Hormat

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 163 Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) tanpa kebenaran dikenal pasti berada di atas tanah kerajaan berdasarkan...

Alasan Yang Memalukan…

Alasan Yang Memalukan…

17/04/2026
0

Oleh : Lim Sian See Alasan “lebih baik daripada tak buat apa-apa” yang diberikan oleh Hannah Yeoh selepas dikritik hebat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd