• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shahidan: Penguatkuasaan Sosma Perlu Dipertingkat

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JERANTUT – Penguatkuasaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) perlu dipertingkat untuk membendung ancaman yang boleh menggugat keselamatan negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata ketika negara berhadapan dengan pelbagai cabaran masa kini, penguatkuasaan peraturan dan undang-undang secara tegas amat penting dalam memastikan keharmonian dan keamanan negara dapat dikekalkan.

“Saya berpendapat adalah lebih baik kita pertingkatkan (penguatkuasaan) Sosma, malah majoriti Ahli Parlimen pun menyokong,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Jerantut di sini hari ini.

Beliau berkata penguatkuasaan undang-undang secara tegas juga dapat memastikan pembangunan ekonomi negara dapat terus ditingkatkan dan menarik pelabur asing ke negara ini.

Sementara itu, berhubung permintaan beberapa Bahagian Umno supaya kerajaan mengembalikan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Shahidan berkata: ” Bagi saya dalam isu ISA ini kita kena bergerak ke hadapan, kita telah wujudkan Sosma, kita hanya perlu pertingkatkan penguatkuasaannya”. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Johor Suarakan Isu Jerebu Kepada Konsul Jeneral Indonesia

Kerajaan Johor Suarakan Isu Jerebu Kepada Konsul Jeneral Indonesia

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan jerebu rentas sempadan yang ketika ini turut menjejaskan negeri itu khususnya...

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak. Perkara itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd