• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Melaka Buka Pintu SPRM Jalankan Siasatan

oleh Ahmad Albab
20/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Polis Kontinjen Melaka sedia membuka ruang seluas-luasnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan secara menyeluruh bagi mengesan jika masih terdapat pegawai dan anggotanya terlibat dalam rasuah.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata pihaknya bersikap terbuka dan sedia untuk bekerjasama dengan SPRM sehingga siasatan terhadap kes tersebut selesai.

“Saya menghormati badan penguat kuasa seperti SPRM kerana mereka profesional dalam menjalankan tugas dan kita akan menunggu dan menerima apa jua hasil siasatan yang akan diserahkan kepada kepimpinan PDRM (Polis Diraja Malaysia) nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis perasmian Seminar Usahawan Keluarga Polis yang dirasmikan Pengerusi Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) Tan Sri Mohd Ali Rustam di Kuarters Polis Seri Temenggong dekat sini hari ini.

Sebelum ini, seramai tujuh pegawai dan anggota polis Kontinjen Melaka ditahan berhubung kes rasuah bagi melindungi pusat judi haram serta rumah urut di sekitar negeri ini.

Abdul Jalil berkata perkara yang berlaku dalam beberapa hari ini tidak mematikan semangat pegawai dan anggota polis Melaka untuk terus menabur bakti kepada masyarakat.

Katanya beliau akan menguatkan lagi kawalan disiplin setiap pegawai dan anggota dengan mengunakan kaedah kerohanian bagi membentuk petugas yang mempunyai disiplin diri yang tinggi dan tidak mudah tergugat dengan unsur negatif semasa bertugas.

“Saya juga mengalu-alukan kerjasama masyarakat setempat dan juga badan bukan kerajaan (NGO) dalam memberi pandangan kepada Polis Kontinjen Melaka bagi meningkatkan integriti pegawai dan anggota,” katanya. – BERNAMA

Tags: polisSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd