• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tabung Haji Saran Pendeposit Aktifkan Akaun

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) merekodkan lebih 41,000 akaun pendeposit yang tidak melakukan sebarang transaksi lebih tujuh tahun.

Menurut kenyataan TH hari ini, akaun berkenaan akan dipindahkan ke kumpulan ‘Akaun Tidak Aktif’ bermula 3 Jun ini yang menyebabkannya tidak layak menerima sebarang hibah.

TH berkata pendeposit yang mempunyai akaun TH tidak aktif boleh mengaktifkannya semula dengan melakukan transaksi seperti masuk atau keluar wang serta mengemas kini maklumat seperti alamat, nombor telefon dan penamaan waris di mana-mana cawangan TH, Bank Islam dan Bank Rakyat di seluruh negara.

Pendeposit yang telah kehilangan buku akaun boleh pergi ke mana-mana cawangan TH dengan membawa kad pengenalan bagi tujuan semakan, penggantian buku baharu dan kemas kini maklumat.

Sekiranya pendeposit telah meninggal dunia, waris masih boleh membuat permohonan untuk menuntut semula jumlah amaun yang diklasifikasikan sebagai Akaun Tidak Aktif tersebut dengan mengemukakan dokumen berkaitan.

Pengemaskinian akaun ini juga bertujuan untuk memudahkan TH menghubungi bakal haji serta mengelak kes surat tawaran haji tidak diterima kerana bertukar alamat, kata kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: Tabung Haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemerhati politik, Abdul Rahim Hilmi Zakariya berpandangan Tabung Haji (TH) bukanlah sebuah syarikat yang perlu diurus 100...

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding bagi menyiasat kelemahan tadbir urus,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd