• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Nafi Bayar RM5 Juta Untuk Ghaddar

oleh AK-47
17/05/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menafikan pasukan itu membelanjakan RM5 juta untuk mendapatkan pemain import Kelantan, Mohammed Ghaddar.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, laporan akhbar berhubung perkara tersebut silap dan berita itu disiarkan bertujuan melariskan akhbar berkenaan.

“Kelab JDT tidak akan bayar RM5 juta untuk pemain berusia 35 tahun.

“Saya minta penyokong jangan cepat percaya kepada laporan akhbar. (Berita) RM5 juta itu cuma untuk jual surat khabar. Saya tahu harga sebenar dan ia adalah munasabah,” katanya dalam satu wawancara yang disiarkan di laman Facebook rasmi JDT hari ini.

Pengarah Sukan Kelab JDT, Alistair Edwards dalam satu kenyataan bagi menjustifikasikan tindakan kelabnya mendapatkan Ghaddar mendakwa langkah tersebut “win-win situation” kepada semua pihak terlibat.

Kata Alistair, ia satu tawaran yang baik untuk kedua-dua kelab di mana Kelantan akan dapat menyelesaikan beberapa isu-isu kewangan serta membeli beberapa pemain baru.

Sebilangan penyokong pasukan Kelantan tidak dapat menerima hujah tersebut dan mendakwa ayat “win-win situation” itu hanya alasan untuk JDT mendapatkan Ghaddar yang sedang berada diprestasi terbaik.

Tunku Ismail berkata, keputusan JDT mengambil Ghaddar kerana ia selaras dengan polisi kelab itu untuk berjimat pada musim ini.

Katanya, Ghaddar juga berada diprestasi terbaik dan merupakan penjaring terbanyak setakat ini.

“Kalau nak pemain mahal bukan pada jendela pertengahan musim tetapi pada Disember nanti,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: JDTTunku Ismail Sultan Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Satu Kegagalan Kecil Tidak Memadam Satu Musim Yang Luar Biasa

Satu Kegagalan Kecil Tidak Memadam Satu Musim Yang Luar Biasa

14/05/2026
0

TAK usah seronok sangat JDT tak mara ke final Shopee Cup. Macamlah pasukan masing-masing baru angkat treble Eropah. Seolah-olah Harimau...

Tunku Mahkota Ismail Bangga Semangat Juang Pemain, JDT Kembali Lebih Kuat Tahun Hadapan

Tunku Mahkota Ismail Bangga Semangat Juang Pemain, JDT Kembali Lebih Kuat Tahun Hadapan

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa bangga dengan semangat juang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd