• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Minta Terus Ambil Berat Guru ‘Duka Lara’

oleh Ahmad Albab
17/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kementerian Pendidikan diminta untuk terus mengambil berat terhadap guru yang memohon untuk bertukar tempat mengajar supaya berdekatan dengan keluarga mereka, kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau memahami keluh kesah guru yang terpaksa berjauhan dengan keluarga kerana ia bukan sahaja menjejaskan emosi bahkan produktiviti kerjaya mereka.

“Bagaimana produktiviti akan meningkat kalau kita terpisah emosi dan minda daripada keluarga atau orang yang kita kasihi.

“Kepedulian terhadap keperluan guru-guru perlu difahami dan saya yakin, Kementerian Pendidikan dan Menterinya ikhlas terhadap perkara ini,” katanya berucap merasmikan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-46 2017 di Kompleks Sukan Educity, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata terdapat 22,000 guru ‘duka lara’ memohon untuk berpindah tempat mengajar dengan 9,000 orang daripadanya sudah ‘dicantumkan’ semula dengan keluarga mereka setakat ini.

Selain masalah guru ‘duka lara’, beliau berkata kebajikan guru-guru berumur 40 tahun ke bawah juga merupakan perkara yang perlu diambil peduli.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, sebagai seorang yang pernah menjadi guru kelas tambahan dan kelas malam serta merupakan anak guru, beliau amat memahami tugas golongan tersebut.

“Kita harus melihat golongan 48.7 peratus guru di bawah 40 tahun ini. Perasaan mereka harus diambil peduli, minda mereka harus difahami, kementerian harus buka mata,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menyokong Kementerian Pendidikan yang meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempercepatkan kelulusan menaikkan gred jawatan sebahagian Pengarah Pendidikan Negeri daripada Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C ke JUSA B.

Menurut Ahmad Zahid, keprihatinan sama juga perlu diberikan kepada Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua dan Guru Besar serta Guru Penolong Kanan.

Pada majlis berkenaan, Ahmad Zahid turut menyampaikan Anugerah Ikon Guru Inovatif Kebangsaan kepada guru Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur, Zainuddin Zakaria.

Bekas Pengetua Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan, Khuzaimah Sulaiman pula dianugerahkan Tokoh Guru Kebangsaan 2017 manakala bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Sufa’at Tumin sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiGuru
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd