TAIPING – Zoo Taiping & Night Safari akan ditutup sementara waktu bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan.
Ketua Bahagian Pelancongan dan Media Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Hanim Ramly berkata tempoh penutupan adalah selama tiga hari bermula hari ini sehingga Rabu.
“Pengurusan Zoo Taiping memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul.
“Sekolah-sekolah yang membuat tempahan lawatan pada tempoh tersebut telahpun dimaklumkan,” katanya di sini.
Katanya sejak lebih 10 tahun Zoo Taiping & Night Safari tidak pernah ditutup walaupum sehari untuk kerja-kerja penyelenggaraan, tetapi kali ini ia perlu dilakukan kerana terdapat keperluan. – BERNAMA