• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Ada Pengalaman Jelaskan Isu Kepada Rakyat

oleh Ahmad Albab
14/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BELUD – Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyifatkan dirinya mempunyai pengalaman yang cukup untuk menjelaskan isu-isu berbangkit kepada rakyat jika dipilih sebagai wakil rakyat.

Menurutnya, sejak sembilan tahun menjawat jawatan speaker Dewan Rakyat, beliau kini lebih memahami pelbagai isu yang sering dibangkitkan oleh kerajaan dan pembangkang pada persidangan dewan.

“Kalau saya menawarkan diri saya begitu (menjadi calon pilihan raya umum), barangkali sayalah yang paling sesuai kerana telinga saya yang sudah mendengar hujah daripada kerajaan, daripada pembangkang selama sembilan tahun mengenai isu global, isu domestik, isu nasional.

“Kalau saya dibenarkan untuk berpolitik kembali, di peringkat akar umbi yang paling penting ialah apabila kita faham isu-isu yang dibangkitkan, kita dapat memperjelaskan kepada masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Kota Belud dan Program Negaraku@Komuniti di sini hari ini.

Sambil berseloroh mengenai umur sebenarnya, Pandikar Amin, 60-an, berkata usia seseorang bukan penghalang kepada usaha memajukan dan memakmurkan rakyat keseluruhan.

Malah, beliau berkata kepelbagaian cara setiap pemimpin yang berpengalaman boleh dianggap sesuatu yang baik untuk negara.

“Contohnya, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, seorang pemimpin yang lama berkhidmat di Semenanjung dan lama berkhidmat di Sarawak dan berumur pula.

“Tetapi apabila Allahyarham balik ke Sarawak sebagai ketua menteri, dengan gayanya yang tersendiri oleh kerana sarat dengan pengalaman, Barisan Nasional menang balik kawasan-kawasan yang dimenangi oleh DAP dulu pada pilihan raya negeri,” katanya.

Pandikar Amin mengakui berminat untuk kembali ke dunia politik di Sabah, tetapi menyerahkan kepada pucuk pimpinan UMNO dan Barisan Nasional untuk menentukan sama ada beliau sesuai dicalonkan pada pilihan raya umum akan datang sama ada untuk kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

“Itu adalah hak pucuk pimpinan parti…. saya cuma menawarkan diri,” katanya. – BERNAMA

Tags: RakyatTan Sri Pandikar Amin Mulia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Perdana Menteri Sukar Terima Keputusan BN Johor Bertanding Semua Kerusi – Onn Hafiz

Perdana Menteri Sukar Terima Keputusan BN Johor Bertanding Semua Kerusi – Onn Hafiz

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memahami perasaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sukar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd