• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sudahlah! Jauhi Politik Poyo Penuh Kebencian

oleh Ahmad Albab
13/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAHASISWA aset intelektual. Justeru, menjadi tonggak utama dalam kemajuan bangsa dan negara. Jadi, apabila mahasiswa masuk ke kancah politik, pembabitan mereka jadi tumpuan awam.

Politik pula, bagi golongan bebas parti, dianggap serong dan tidak sesuai dengan imej mahasiswa. Jadi, kalau terlalu aktif berpolitk akan dipandang serong oleh masyarakat.

Apa pun mahasiswa harus proaktif. Kena ada dalam lingkungan politik. Mahasiswa wajar ikut berperanan mengkritikan dan melontarkan idea. Terutama sebagai sparing partner kerajaan.

Apa pun, sebelum itu, pendirian berpolitik mahasiswa harus jelas dan berbatas. Hal ini disebabkan sekiranya hadir dengan pemikiran acuh tak acuh dan skeptisme dengan anggapan politik itu kejam dan kotor, serta syak wasangka ia dipenuhi dengan stigma politik itu tidak adil – sudah pasti ada racunnya.

Stigma dan prejudis menyeret mahasiswa ke arena politik ganas. Kuasa politik mahasiswa sebagai suara pengimbang dan pengkritik kontruktif akan lenyap.

Politik kebencian menghalang mahasiswa melakukan pengawasan berimbang, atau memberi pandangan positif.

Malah, mungkin dianggap onar dalam kestabilan keamanan negara.

Pada era globalisasi, mahasiswa yang jahil politik juga akan dianggap tunggul. Tidak ambil kisah dan hanya menjadi mahasiswa yang utamakan belajar sahaja tidak akan menyumbang kepada kelestarian negara.

Mahasiwa harus sedar – mereka adalah sebahagian daripada hala tuju kemajuan negara. Mahasiswa adalah pengasas dan penyampai lidah masyarakat. Mahasiswa juga harapan masyarakat untuk memangkin pembangunan negara dengan peranan politik intelek. Bukan politik kebencian yang penuh dendam.

Mahasiswa harus berfikir secara matang dan waras. Hak-hak masyarakat jangan diabaikan.

Pada masa sama, berpolitiklah secara konstruktif demi mewujudkan masyarakat Malaysia yang sejahtera, makmur dan aman serta murni demokrasi.

Mahasiswa secara individu mahupun kelompok, harus berani untuk tampil sebagai perintis yang kritis dalam mengajukan gagasan, pemikiran dan solusi sosial.

Tidak perlu api kebencian. Secara kritikal dan terkehadapan, mainkan peranan demi kelestarian negara.

Ayuh! Sertai TN50 sebagai suara pemangkin yang berguna.

Lupakan jalanraya. Lupakan fitnah media sosial dan abaikan politik keganasan mahu pun kebencian.

#LaskarMalaya

Tags: mahasiswa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Sirajuddin Suhaimee mengingatkan golongan mahasiswa agar merujuk Garis Panduan...

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

26/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI: Sejumlah 12 kes membabitkan mahasiswa disahkan menghidap HIV direkodkan di Johor tahun lalu, meningkat dua kes berbanding 2023....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd