• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Segera Rebut ‘Duit Raya’ Menerusi Lebihan Bayaran

oleh Ahmad Albab
12/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AIDILFITRI tidak lama lagi dan lebihan bayaran taksiran cukai mungkin membantu ‘poket’ anda!

Dengan berbaki empat hari lagi, bagi yang belum melaksanakan tanggungjawab itu, mengemukakan borang penyata cukai pendapatan individu (BE) menerusi sistem e-Filing bagi tahun taksiran 2016 adalah satu cara yang boleh meringankan beban belanja raya kali ini.

Siapa tahu kiraan menunjukkan anda memperoleh lebihan bayaran dan ia mungkin diperoleh lebih awal.

Selepas tempoh lanjutan selama 45 hari diberikan untuk pengguna sistem e-Filing bagi borang BE sebelum ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menetapkan tarikh akhir mengemukakan borang tersebut adalah selewat-lewatnya 15 Mei ini.

Penolong Pengarah Bahagian Komunikasi LHDN, Masrun Maslim berkata, tiada lagi tempoh lanjutan diberikan selepas pukul 11.59 malam Isnin depan.

“Tarikh akhir untuk kemuka borang tersebut kekal 15 Mei ini. Kita tidak akan lanjutkan tarikh akhir kerana tempoh yang diberikan sudah cukup panjang,” katanya kepada mStar Online.

Justeru, beliau menggesa pengguna e-Filing supaya mengemukakan borang BE masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelak dikenakan penalti.

“Jika pembayar cukai mengemukakan borang BE secara e-Filing pada 16 Mei, ia dianggap lewat dan mereka boleh dikenakan penalti sebanyak 20 peratus daripada jumlah tunggakan cukai,” katanya.

Malah, Masrun berkata, tambahan 10 peratus kenaikan penalti atas jumlah cukai tertunggak akan dikenakan jika bayaran tidak dibuat selepas 60 hari dari tarikh akhir, 15 Mei ini.

“Secara ringkasnya, lambat hantar dan lambat bayar bermakna pengguna perlu bayar lebih,” katanya.

Sementara itu, jelas Masrun, pembayar cukai yang sudah mengemukakan borang BE menerusi kemudahan e-Filing akan menerima bayaran balik mereka dalam tempoh 30 hari bekerja.

“LHDN komited untuk bayar balik dalam tempoh 30 hari bekerja bagi pengguna e-Filing dengan syarat borang yang diterima adalah betul dan tepat,” katanya.

Masrun berkata, sehingga pukul 5.30 petang pada Khamis, sebanyak 2.4 juta borang BE Tahun Taksiran 2016 sudah diterima LHDN melalui kaedah e-Filing.

Angka itu menunjukkan peningkatan 5.48 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu sebanyak 2.25 juta borang.

e-Filing merupakan aplikasi percuma yang disediakan LHDN untuk memudahkan pembayar cukai melengkap dan mengemukakan borang nyata cukai pendapatan secara elektronik melalui internet. – mStar Online

Tags: E-FilingLHDN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

18/03/2026
0

CYBERJAYA, 18 Mac 2026 – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengesahkan bahawa individu yang tersilap menandakan ruangan “Cukai ditanggung...

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Persoalan hukum sama ada waris individu yang sudah meninggal perlu membayar tunggakan cukai pendapatan ditinggalkan si mati terjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd