• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala AFF: KJ Harap Vietnam Jaga Keselamatan Penyokong M’sia

oleh Ahmad Albab
11/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berharap pihak berkuasa Vietnam memberi perhatian serius mengenai spekulasi ancaman terhadap penyokong Malaysia menjelang aksi separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki di Hanoi, Vietnam malam ini.

“Kami ada dengar ancaman terhadap penyokong kita dan saya sudah maklumkan kepada rakan sejawatan saya di Vietnam agar memberi perhatian serius terhadap perkara ini.

“…dan yang lebih penting, keselamatan pemain dan pegawai kita,” katanya kepada pemberita selepas melawat Kompleks Sukan Labuan di sini hari ini.

Pada perlawanan separuh akhir pertama antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Shah Alam, Ahad lepas, sekumpulan penyokong tempatan bertindak ganas menyerang penyokong pelawat selepas Vietnam menjaringkan gol kedua menyebabkan skuad Harimau Malaya tumpas 1-2.

Gambar-gambar pergaduhan sehingga menyebabkan beberapa penyokong Vietnam mengalami kecederaan menjadi viral.

Berikutan insiden itu, polis mengesan 15 penyokong bola sepak yang terlibat dalam kekecohan itu dan lima daripadanya sudah disoal siasat dan dibebaskan.

Semalam, kerajaan Vietnam memberi jaminan keselamatan kepada penyokong Malaysia yang hadir menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua itu di Hanoi, malam ini. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=doNm11qnw8o

Tags: Khairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd