• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada Jual Pangkat Kehormat Rela RM10,000 – RM30,000

oleh AK-47
11/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendedahkan bahawa Jabatan Sukarelawan Rela (Rela) mengesan seorang individu menjual pangkat kehormat Rela dengan harga antara RM10,000 hingga RM30,000.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata penjualan pangkat kehormat Rela itu dibuat kepada mereka yang mahu memberi khidmat kesukarelawanan kepada Rela.

Beliau menjelaskan bahawa jawatan kehormat Rela hanya boleh diberikan apabila jawatankuasa memutuskan kelayakan seseorang berdasarkan kepada status sosial atau lain-lain kelayakan mengikut Akta Rela.

“Kami telah mendapat bukti kerana orang yang membayar dengan jumlah puluhan ribu membuat aduan kepada Ibu Pejabat Rela.

“Kami ada bukti resit dan bukti pembayaran yang dilakukan. Bagi mereka yang membayar untuk jawatan kehormat ini, sila tampil dan membuat laporan. Tindakan perundangan akan diambil,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata individu yang “tidak sangat berpengaruh” juga didapati menjual sijil dan kad Rela yang tidak dikeluarkan Ibu Pejabat Rela.

Ditanya berapa kes telah dilaporkan kepada Jabatan Rela, beliau berkata “tidak kurang daripada 20 kes”.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata sistem pergiliran setiap tiga bulan, telah dapat mengurangkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan pegawai dan pasukan penguat kuasa khususnya di sempadan.

“Kami mendapati sejak sistem pergiliran dilaksanakan, mereka yang berada di sempadan (bertugas) tidak lebih daripada tiga bulan, dan digantikan pasukan lain supaya dalam kalangan mereka tidak mengenali penyeludup atau penjenayah.

“Saya tidak akan melindung mana-mana pegawai atau kakitangan yang menyalah guna kuasa atau terlibat aktiviti rasuah,” katanya.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut melancarkan kad kuasa, lencana kad kuasa dan lencana poket Jabatan Imigresen.

Penggunaan sistem pengurusan kad kuasa yang dikenali sebagai Identification Management System membolehkan kad kuasa diimbas orang awam dengan menggunakan quick response code (QR Code) yang terdapat pada telefon pintar.

Kad kuasa baharu ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan ‘overt dan covert’ yang disahkan Pejabat Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO). – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiKDNRELA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd