• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TRW Mungkin Akan Tinggalkan Liga Super

oleh Ahmad Albab
11/05/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, memberi bayangan skuad The Red Warriors (TRW) mungkin terpaksa melupakan saingan Liga Super akibat tekanan luar yang tidak sepatutnya berlaku.

“TRW mungkin tidak lagi wujud dalam Liga M tidak lama lagi, di bawah peraturan dan cara sekarang (memandangkan) pasukan miskin, sudah tiada tempat lagi di Liga Super.

“Saya doakan yang terbaik jika ada peluang untuk pasukan negeri ini dan beraksi atas nama negerinya,” katanya dalam kenyataan menerusi satu daripada akaun Facebook miliknya tengah malam tadi.

Annuar turut meluahkan rasa kecewanya dengan sikap pihak tertentu mengambil kesempatan menawarkan kontrak kepada pemain dengan cara yang menyalahi undang-undang.

TRW Mungkin Akan Tinggalkan Liga Super

“Lebih menyedihkan apabila mengetahui ramai pemain (TRW) cuba dilarikan (pasukan) lain, walaupun sepatutnya mereka tahu pemain mempunyai kontrak, tidak boleh dihubungi atau ditawarkan (kontrak) pintu belakang.

“Tapi ramai pemain sudah dipancing,” katanya yang turut memuat naik gambarnya bersama Mohammed Ghaddar.

“Kegembiraan bila melihat TRW sentiasa istimewa walau dalam susah.

Sedih bila tengok kita (pasukan) miskin tak cukup duit dan semua orang membiarkan kita terkapai-kapai… kita terus dikenakan pelbagai tekanan.” – Berita Harian

Tags: Annuar MusaThe Red Warriors
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd