• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

12 NGO Kesal Gagal Jumpa Azmin Bincang Isu Rakyat

oleh AK-47
09/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sebanyak 12 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini gagal bertemu Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi membincang pelbagai isu rakyat termasuk ketidakmampuan membeli rumah kos rendah di negeri ini.

Seramai 20 wakil NGO berkenaan berkumpul di hadapan pagar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor untuk meminta berjumpa dengan Mohamed Azmin namun, mereka disekat pengawal keselamatan dan polis yang bertugas bagi mengelak kekecohan.

Wakil kumpulan NGO itu yang juga Presiden Kelab Harmoni Selangor (KHS) Dr V. Sunder berkata mereka bertindak demikian selepas beberapa surat rasmi bagi menetapkan temu janji dengan menteri besar itu sejak tiga tahun lepas, tidak mendapat maklum balas daripadanya.

Sunder memberitahu pemberita di sini bahawa pihaknya juga mengemukakan lebih 50 memorandum kepada pejabat Menteri Besar bagi meminta campur tangannya menyelesaikan pelbagai masalah rakyat terutamanya berkaitan perumahan tetapi maklum balas yang diterima tidak memberangsangkan.

“Dengarlah isu rakyat terutamanya isu perumahan yang mana kami dapati berlakunya salah urus dalam Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan proses pemilikan Rumah Selangorku.

“Isu pemilikan perumahan berulang kali dihadapi rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan kami mahu campur tangan menteri besar sendiri supaya ia dapat diselesaikan,” katanya.

Mengambil contoh projek pangsapuri kos rendah di Taman Damai Utama, Puchong, Sunder berkata harga yang ditawarkan untuk kategori rumah itu terlalu tinggi menyebabkan golongan berpendapatan rendah hanya ‘mampu tengok’ dan tidak mampu memiliki.

“Sepatutnya harga rumah mampu milik adalah RM42,000 tapi ia dinaikkan sehingga RM69,000 disebabkan pemaju melakukan pengubahsuaian… ini menekan pembeli yang berpendapatan rendah. Hal ini mestilah dilihat secara serius,” katanya. – BERNAMA

Tags: Azmin AliNGOPKRselangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut telah hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd