• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selaras SOP Agensi Kawalan Sempadan Tangani Jenayah

oleh Ahmad Albab
10/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY – Kawalan sempadan negara akan diperkemaskan lagi menerusi penyelarasan piawaian prosedur operasi standard (SOP) agensi-agensi berkaitan dalam menangani jenayah rentas sempadan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri berkata integrasi keempat-empat agensi kawalan sempadan negara iaitu polis marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Tentera Laut Diraja Malaysia dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) penting agar usaha membanteras jenayah rentas sempadan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Di kawasan perairan, kita mempunyai APPM, di sungai (di bawah tanggungjawab) polis marin, polis marin diberikan kawasan sekitar 5 batu nautika dari pesisiran pantai, APMM (kawalan) 5 batu nautika ke kawasan perairan antarabangsa, (kawalan perairan) antarabangsa (dilakukan) pihak tentera laut, manakala sempadan darat (dikawal oleh) AKSEM,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, beliau akan mengambil beberapa langkah dalam melakukan penyelarasan piawaian SOP dan integrasi keempat-empat agensi penguat kuasa itu dalam membanteras jenayah penyeludupan dadah, senjata dan pemerdagangan manusia.

Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia selepas mengadakan lawatan ke Kolej Pasukan Sempadan Australia (ABF), di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, Malaysia juga bercadang menghantar pegawai dalam agensi berkenaan untuk mempelajari modul Australia dalam mengawal sempadan negara itu.

“(Bagaimanapun) ini (ABF) bukannya satu-satu pusat latihan di Australia, ada banyak lagi pusat latihan lain (di Australia iaitu) di Melbourne, Adelaide, Perth dan Darwin, maka kita akan memilih tempat bersesuaian untuk (menghantar pagawai) agensi terlibat (polis marin, APMM dan AKSEM),” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri yang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Australia, tiba di Sydney pagi tadi selepas dua hari berada di Canberra.

Lawatan kerja beliau itu adalah bagi mengukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dan Australia, selain berkongsi pengalaman dan maklumat berkaitan keselamatan, membanteras keganasan dan jenayah rentas sempadan.

Pada tengah hari tadi, beliau mengadakan kunjungan hormat ke atas Gabenor New South Wales, David Hurley di Rumah Kerajaan di sini.

Ahmad Zahid dijadual berlepas pulang ke Kuala Lumpur malam ini selepas menghadiri majlis makan malam bersama penuntut Malaysia di Sydney. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd