• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Biar Betul… Indonesia Dilanda Salji?

oleh AK-47
09/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK beberapa hari lalu, media sosial Indonesia heboh memperkatakan mengenai kehadiran buih putih yang menyamai seperti salji di Jalan Jenderal Sudirman, Jakarta.

Semuanya bermula apabila satu rakaman video tular yang dimuat naik oleh pengguna Facebook bernama Widodo Notohadinagoro, memaparkan rakaman sebahagian jalan berkenaan putih seperti dilitupi salji.

Dalam video berkenaan, dapat dilihat secara jelas keadaan ‘hujan salji’ tebal memenuhi ruang jalan raya dan di sekitar laluan pejalan kaki.

Bagaimanapun lapor portal Jawapos.com, buih putih itu bukannya salji tetapi buih daripada cecair sabun yang tumpah di jalan raya.

Cecair itu secara kebetulan dilaporkan tertumpah dari projek pembinaan transit laju massa (MRT) di kawasan berkenaan.

Menurut Jurucakap MRT, Tubagus Hikmatullah, cecair seperti sabun itu digunakan untuk melembutkan tanah ketika proses menggali terowong untuk projek berkenaan.

“Ia merupakan baki sisa cecair yang masih tersimpan di tapak projek berhampiran namun tertumpah dan mengalir di sekitar jalan Patun Permuda,” katanya.

Difahamkan, hujan yang turun tidak lama selepas itu menyebabkan cecair itu menjadi buih putih seperti salji.

Tambah Tubagus, buih-buih berkenaan tidak berbahaya dan pihaknya akan mengambil tindakan susulan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang. – MYNEWSHUB.CC

Tags: fenomenaIndonesiasalji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd