• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakatan Rakyat Perlu Kembali Bermusyawarah

oleh Ahmad Albab
10/12/2014
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pas menyarankan supaya Pakatan Rakyat (PR) kembali mengadakan perbincangan dan musyawarah dalam kalangan pimpinan utamanya.

Ketua Penerangan Pas Pusat Datuk Mahfuz Omar berkata perbincangan sesama pemimpin utama PR itu perlu bagi menetapkan hala tuju pakatan tersebut.

“Saya seru semua pimpinan pakatan (PR) supaya kembali ke meja perbincangan dan bermusyawarah sesama kita,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Pas Pusat di sini hari ini.

Beliau berkata semua pemimpin PR termasuk daripada DAP perlu berfikiran positif dan berjiwa besar dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Isnin lepas, laporan sebuah portal memetik Penasihat DAP Lim Kit Siang sebagai berkata beliau tidak pasti sama ada PR akan terus bertahan sehingga pilihan raya umum ke-14.

Dalam pada itu, Mahfuz turut menempelak DAP kerana mempersoal kehadiran Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke beberapa mesyuarat Majlis Pimpinan PR.

Katanya DAP perlu memanggil Abdul Hadi untuk mesyuarat terlebih dahulu sebelum mengetahui sama ada presiden Pas itu hadir atau tidak.

“Panggil dulu baru tau dia (Abdul Hadi) datang atau tidak… kalau tak panggil mana nak tahu dia datang ke tidak,” katanya.

Beliau turut menolak dakwaan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa Abdul Hadi kini tidak lagi berkomunikasi bersama pemimpin PR lain.

“Saya tidak fikir tak berlaku komunikasi kerana (Abdul Hadi) ada di Parlimen bersama pemimpin parti lain baru-baru ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: pakatan rakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Bandingkan Piagam UMNO-PAS dengan Pakatan Rakyat

10/09/2019
0

SHAH ALAM - Tindakan Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof cuba membandingkan Piagam UMNO-PAS dengan majlis pembentukan Pakatan...

3 Exco Kerajaan Selangor Dari PAS ‘Diaib’ Di Pentas

20/03/2018
0

PARAH... PAS Selangor mendakwa tiga exco dari parti tersebut dalam barisan kerajaan Selangor berjaya dimalukan pada sambutan Pakatan Harapan (PH)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd