• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Padah ‘Bersantai’, Remaja Jatuh Tingkat 3

oleh AK-47
09/05/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG remaja lelaki terpaksa menanggung kesakitan selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan pusat membeli belah di Ipoh, Perak, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, remaja berusia 17 tahun dipercayai duduk di palang besi bersama sekumpulannya rakannya di tingkat tiga premis tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Abdul Rani Alias berkata, tindakan remaja tersebut ditegur pengawal keselamatan dan mereka kemudiannya meninggalkan kawasan tersebut.

Menurutnya, secara tiba-tiba remaja tersebut naik semula duduk di tempat berkenaan dan hilang imbangan sebelum terjatuh.

“Mangsa yang patah tangan kiri dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Kejadian tersebut menjadi tular di media sosial dengan beberapa rakaman selepas insiden di muat naik.

Rakaman tersebut memaparkan keadaan mangsa yang terbaring dan dibantu orang ramai yang dipercayai rakannya.

Mangsa diletakkan di atas kerusi roda dan berada dalam keadaan lemah sambil rakan-rakannya bercakap sesuatu.

Sementara itu, Ipoh Parade dalam kenyataannya mengesahkan kejadian tersebut namun menafikan kejadian tersebut disebabkan kerosakan struktur dalam bangunan itu.

Menurutnya, punca kejadian masih dalam siasatan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Ipohjatuh bangunan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

01/09/2025
0

Ipoh: Polis sedang giat mengesan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam letupan sebuah premis perniagaan di Panorama Lapangan Perdana, di...

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

27/08/2025
0

Ipoh: Polis sedang mengesan seorang suspek disyaki terlibat dalam kes bunuh membabitkan penemuan mayat seorang lelaki di lorong berhampiran Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd