• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Bunuh Bekas Tunang Ke Tali Gantung

oleh AK-47
09/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Seorang bekas pekerja kedai tayar yang menikam bekas tunangnya yang bakal berkahwin sehingga maut menerima pembalasan apabila Mahkamah Tinggi di sini Ahad menjatuhkan hukuman mati ke atasnya.

Pesuruhjaya Kehakiman, Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas berpuas hati pembelaan tertuduh, Muhammad Irshaduddin Khalis Nasurudin, 25, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shukri Hussain.

Tertuduh didakwa membunuh Nursyafikah Ahmad Ismail, 22, di tempat letak motosikal Pasaraya Econsave, Jalan Mersing, Kluang dekat sini, antara 5.40 hingga 5.45 petang, pada 10 April 2015 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Menurut fakta kes, mangsa pada waktu kejadian yang bekerja di pasaraya itu didatangi tertuduh ketika waktu rehat dan diajak keluar untuk berjumpa.

Berlaku pertengkaran antara kedua-dua mereka sebelum tertuduh menghempas kepala mangsa di motosikal berdekatan dan kemudiannya menikam mangsa pada bahagian kiri badannya.

Dalam penghakimannya, Muhammad Jamil berkata mahkamah berpuas hati dengan laporan psikiatri Hospital Permai yang menyatakan mental tertuduh stabil serta layak dibicarakan dan memberi pengakuan selain mitigasi pihak pembelaan dan hujahan pendakwaan terhadap lelaki itu.

Beliau berkata ketika memberi keterangan, Muhammad Irshaduddin Khalis mengaku menikam Nursyafikah dan tiada keraguan telah menyebabkan cedera ke atas wanita itu serta telah dibuktikan bahawa tertuduh sememangnya mempunyai niat untuk membunuh mangsa.

Sehubungan itu, katanya berdasarkan keterangan kesemua saksi dan fakta, beliau mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tidak melampaui keraguan munasabah dan tertuduh didapati bersalah serta disabitkan dengan kesalahan membunuh.

“Hanya satu hukuman yang diperuntukkan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu tertuduh dijatuhi hukuman gantung sehingga mati,” katanya.

Seramai 24 saksi pihak pendakwaan dan tiga saksi pihak pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes, manakala tertuduh diwakili peguam Nur Afiqah Hambali.

Terdahulu, ketika mahkamah berhenti rehat seketika, tertuduh dengan tenang sempat berdiri di dalam kandang tertuduh sambil memohon maaf kepada keluarga bekas tunangnya termasuk ibu Nursyafikah yang turut hadir di galeri awam mahkamah. – BERNAMA

Tags: bunuhJenayah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

12/05/2026
0

KOTA BHARU – Seorang penuntut kolej dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Kolej...

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd