• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAMA Beri Amaran Tindakan Peniaga Buah Yang Menipu

oleh AK-47
04/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi amaran kepada peniaga yang cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan cara menipu kualiti buah-buahan bermusim yang dijual.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Ishak berkata para peniaga yang melakukan kesalahan berkenaan tertakluk di bawah Peraturan Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan (3P) 2008 serta bukan sahaja boleh disaman tetapi berdepan tindakan mahkamah.

“FAMA memandang serius sikap segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab menipu pembeli dalam penjualan buah-buahan yang bermusim terutamanya mempelam harumanis.

Jangan disebabkan buah-buahan itu mendapat permintaan tinggi kerana ada pada musim tertentu sahaja membuatkan peniaga sanggup menjual buah yang tidak berkualiti, yang belum matang, rosak dan sebagainya,” katanya.

Ahmad bercakap kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kontrak Pemasaran Mangga, Rock Melon dan Buah-buahan Bermusim antara wakil pengusaha buah-buahan berkenaan dengan FAMA di Kampung Padang Asam, Chuping di sini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Ahmad Bakri Ali dan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Chuping, Asmaiza Ahmad.

Sehubungan itu katanya, FAMA melancarkan operasi pemeriksaan secara menyeluruh melibatkan gerai-gerai dan di pasar raya-pasar raya yang ada menjual buah-buahan berkenaan bagi mengekang sebarang penipuan dan kesalahan dalam penjualan.

Sementara itu, Ahmad Bakri berkata nilai jualan mempelam harumanis Perlis tahun ini dianggarkan mencecah RM55 juta dengan pengeluaran buah sebanyak 2,150 tan metrik.

Katanya, anggaran tersebut berdasar kepada harga lantai RM26 sekilogram tetapi ada pemilik dusun yang menjual mempelam harumanis mereka hingga RM30 ke RM42 sekilogram.

“Nilai jualan tersebut jauh melebihi nilai jualan tahun lepas yang hanya berjumlah RM17 juta, dengan pengeluaran sebanyak 780 tan metrik sahaja.

“Setakat ini terdapat seluas 1,037 hektar kawasan ditanam harumanis di Perlis melibatkan lebih 1,000 pengusaha di bawah pengendalian Jabatan Pertanian negeri dan pengusaha perseorangan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Ahmad IshakFAMA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

21/09/2023
0

Kuala Lumpur : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan meningkatkan jumlah jualan beras putih tempatan sebanyak dua kali ganda kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd