• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pemandu Lori Bunuh Suami Kekasih Dihukum

oleh AK-47
04/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Gara-gara teman wanitanya enggan meneruskan hubungan sulit mereka, seorang bekas pemandu lori tergamak mencekik suami wanita itu sehingga maut dan perbuatannya itu menerima pembalasan apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atasnya.

Pesuruhjaya Kehakiman Wong Teck Meng membuat keputusan itu selepas berpuas hati pembelaan tertuduh, Jaafar Ngamil, 45, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari.

Tertuduh didakwa membunuh Jamingan Hambali, 44, di dalam sebuah kereta jenis Proton Saga, di antara Lot 2056, Jalan Surau Ilmiah, Tebuk Haji Omar, Kampung Banting, Sabak Bernam hingga Parit di Jalan Haji Omar, Kampung Banting, kira-kira 9.07 malam pada 22 Jun 2014 hingga 8.30 pagi pada 23 Jun 2014.

Lelaki itu dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Seramai 12 saksi pihak pendakwaan dan seorang saksi pihak pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 11 Januari tahun lepas.

Dalam penghakimannya, Wong berkata saksi ke-10 pendakwaan (SP10) iaitu anak saudara tertuduh dalam keterangannya memberitahu bahawa tertuduh telah memintanya memandu kenderaan tersebut sementara tertuduh duduk di belakang tempat duduk penumpang hadapan.

Beliau berkata, SP10 seterusnya diminta memberhentikan kenderaan di tepi jalan berhampiran rumah mangsa dan mangsa kemudian masuk ke dalam kereta serta duduk di bahagian penumpang hadapan.

“Dalam perjalanan tertuduh dan mangsa telah bertengkar dan SP10 lihat tertuduh cekik mangsa guna kedua-dua tangannya dari belakang menyebabkan mangsa meronta-ronta sehingga akhirnya mangsa senyap.

“Keterangan saksi kelapan pendakwaan (SP8) (pakar forensik) mengesahkan punca kematian mangsa adalah disebabkan tekanan pada lehernya,” katanya.

Wong berkata, tertuduh dalam pembelaannya mendakwa tindakannya mencekik mangsa dari belakang adalah disebabkan provokasi mengejut iaitu tertuduh cuba melindungi SP10 daripada dipukul mangsa.

Katanya, tertuduh juga memberitahu isu gaji tertangguh merupakan punca pertengkaran antara dia dan mangsa, namun Wong berpendapat isu itu bukan pencetus provokasi mengejut tersebut.

“Jika ada tunggakan gaji, tertuduh boleh buat tuntutan sivil terhadap mangsa, selain itu tertuduh ada kelebihan sebab mangsa duduk di hadapan sedangkan tertuduh duduk di belakang menyebabkan mangsa sukar lepaskan diri.

“Memang tertuduh ada niat nak bunuh mangsa dan bukan disebabkan provokasi mengejut. Pembelaan tertuduh adalah penafian kosong semata-mata, selepas difikirkan, tidak munasabah serta bercanggah dengan keterangan SP8 dan SP10 yang menyaksikan kejadian itu,” katanya.

Sehubungan itu, Wong berkata berdasarkan keterangan kesemua saksi dan fakta, beliau mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tidak melampaui keraguan munasabah dan tertuduh didapati bersalah serta disabitkan dengan kesalahan membunuh.

Hanya satu hukuman yang diperuntukkan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu tertuduh dijatuhi hukuman gantung sehingga mati, katanya. – BERNAMA

Tags: Bekas Pemandu Loribunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

12/05/2026
0

KOTA BHARU – Seorang penuntut kolej dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Kolej...

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd