• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GCE Platform Terbaharu Bawa Produk Digital Ke Dunia

oleh AK-47
03/05/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Global Content Exchange (GCE) atau Bursa Maya bakal menyaksikan keberadaan produk digital Malaysia di pasaran digital dunia, yang boleh diakses secara dalam talian.

Platform itu, yang ditubuhkan Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN), akan menjadi pusat perdagangan dan pertukaran produk digital termasuk bahan bacaan, filem serta animasi perisian, permainan maya, aplikasi komputer dan telefon pintar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata GCE akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia mengetengahkan hasil kreatif mereka ke seluruh dunia, sekali gus menaikkan imej industri kreatif negara.

“GCE pula akan bekerjasama dengan pengendali pemasaran global bagi produk dan perkhidmatan dalam talian dunia seperti google.com, alibaba.com dan amazon.com.

“Syabas kepada TERAJU (Unit Peneraju Ekonomi Bumiputera) kerana membantu merealisasikan pembentukan GCE menerusi pemberian geran permulaan sebanyak RM100 juta pada bulan Mac lepas,” katanya dalam ucapan pada majlis Anugerah Buku Negara dan Pengumuman Calon Anugerah Telenovela di sini, malam ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Ahmad Zahid berkata buku kini bukan hanya terhad kepada bentuk digital dan elektronik (e-buku) semata-mata malah, ia ditransformasikan kepada bentuk dan persembahan yang lebih menarik seperti doku-drama, filem, telefilem dan telenovela.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan masyarakat supaya membuat tapisan sendiri terhadap sesuatu maklumat termasuk kesannya kepada kehidupan mereka dalam menghadapi era ledakan teknologi maklumat masa kini.

“Amalan tapisan sendiri dapat mengelakkan masyarakat daripada terjerumus ke kancah pengaruh negatif dan menghindarkan masyarakat daripada membuat sebarang keputusan yang tidak wajar.

“Persepsi yang tepat adalah kunci kejayaan dalam berhadapan dengan pelbagai bentuk tohmahan dan fitnah. Untuk maju ke hadapan, cara berfikir harus berubah selari dengan kemajuan pesat teknologi maklumat.

“Justeru itu, ia tindakan yang bijak untuk mentransformasikan minda kita dengan menjadikan buku dan sumber maklumat yang sahih sebagai satu panduan hidup,” kata beliau.

Pada majlis itu, seramai 10 penulis menerima Anugerah Perdana mengikut kategori masing-masing termasuk ‘Best of the Best’ dan ‘Pengarang Sepanjang Zaman’ yang disampaikan Mahdzir.

Anugerah ‘Best of the Best’ diberikan kepada Mohana Gill yang sebelum ini telah memenangi 11 anugerah antarabangsa menerusi bukunya berjudul ‘Fruitastic!’ manakala Anugerah Pengarang Sepanjang Zaman (Politik) diberikan kepada Syed Hussein Al-Attas. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd