• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juruelektrik Direman Kes Fitnah Presiden Syarikat Air

oleh AK-47
02/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang juruelektrik bagi membantu siasatan kes fitnah terhadap presiden sebuah syarikat pengendali air, Menteri Besar Johor dan seorang exco kerajaan negeri menerusi laman Facebook.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Noor Hashim Mohamad berkata lelaki berumur 22 tahun itu ditahan pada 1.45 pagi tadi di kawasan Ayer Baloi, dekat Pontian.

“Polis menahan lelaki tersebut selepas bertindak atas satu laporan yang diterima daripada seorang pengadu yang beralamat di Taman Seri Pulai Perdana, Kangkar Pulai, di sini,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Noor Hashim berkata menerusi laporan terbabit, pengadu mengatakan dia terbaca satu catatan dalam Facebook semasa di rumahnya pada kira-kira 9 malam, 28 April lepas yang memfitnah presiden syarikat pengendali air itu mengalihkan bekalan air untuk rakyat Pontian ke satu projek pembangunan di sini sekali gus menyebabkan krisis air di Pontian, Gelang Patah serta kawasan sekitar.

Beliau berkata catatan itu juga jelas merupakan satu hasutan yang boleh membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan.

Menurutnya pemilik akaun Facebook berkenaan turut menuduh exco terbabit gagal memainkan peranan manakala menuduh Menteri Besar Johor tidak mempunyai ‘mata’ kerana tidak mengadukan hal terbabit kepada Sultan Johor.

“Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan polis turut merampas satu telefon bimbit jenis Samsung Duos berserta sekeping kad sim daripadanya,” katanya.

Lelaki terbabit kini direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan, katanya. – BERNAMA

Tags: ACP Noor Hashim MohamadfitnahJuruelektrik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mereka Berkempen Dengan Tomahan Dan Fitnah, Kepada Allah Kita Berserah – Onn Hafiz

Mereka Berkempen Dengan Tomahan Dan Fitnah, Kepada Allah Kita Berserah – Onn Hafiz

26/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Seluruh Bangsa Johor diharap dapat membezakan antara kaca dan bermata ketika berdepan dengan pelbagai fitnah dan tohmahan...

Pemuda UMNO Buat Laporan Polis Terhadap Puad Zarkashi

Pemuda UMNO Buat Laporan Polis Terhadap Puad Zarkashi

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO akan membuat laporan polis di seluruh negeri Johor terhadap Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd