• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Jakarta Ucap Terima Kasih Kepada Ahok

oleh Ahmad Albab
29/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Lebih seribu hiasan bunga bagi menghargai sumbangan Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama dan timbalannya, Djarot Saiful Hidayat dihantar ke bangunan Balai Kota sejak beberapa hari lalu.

Pada minggu lalu, satu mesej tersebar di media sosial meminta sesiapa yang mahu mengucapkan terima kasih kepada Basuki atau dikenali sebagai Ahok supaya menghantar hiasan bunga ke bangunan berkenaan.

Sejak beberapa hari lalu beratus-ratus hiasan bunga lengkap dengan ucapan diletakkan di beberapa lokasi di hadapan Balai Kota yang menempatkan pejabat gabenor.

Masyarakat Indonesia lazimnya menghantar hiasan bunga kepada individu sempena meraikan sesuatu acara tertentu antaranya perkahwinan, kematian dan pembukaan premis.

Dalam pada itu, beratus-ratus penduduk juga dilihat datang ke Balai Kota semalam bagi memberi sokongan dan mengucapkan terima kasih kepada Ahok.

“Pak Ahok dan Pak Djarot, walau tiada kesedihan terpancar di wajah tetapi kamu terus tersenyum dan mengucapkan terima kasih. Terima kasih,” tulis satu nota yang dihantar Elisabeth, Endah, Entin dan Erlina.

“Terima kasih untuk segalanya. Kamu adalah gabenor terbaik yang pernah kami miliki,” kata satu ucapan lagi.

Ahok dan Djarot bakal melepaskan jawatan mereka selepas kiraan awal ketika pilihan raya gabenor pada minggu lalu menunjukkan mereka tewas dengan peratusan yang besar.

Bekas menteri pendidikan, Anies Baswedan bakal dilantik gabenor Jakarta yang baharu tidak lama selepas keputusan rasmi diumumkan bulan depan.

Ahok yang beragama Kristian mendapat pujian penduduk kerana usahanya menyelesaikan masalah di Jakarta tetapi sokongan terhadapnya jatuh mendadak selepas dia didakwa menghina agama Islam. – Agensi/myMetro Online

Tags: AhokIndonesia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd