• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembantu Warden Pukul Pelajar Miliki Rekod Jenayah

oleh Ahmad Albab
23/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pembantu warden sebuah madrasah tahfiz dekat Kota Tinggi yang kini direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan kes pukul pelajar madrasah tersebut memiliki satu rekod jenayah lampau.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi ACP Rahmat Othman berkata lelaki berumur 29 tahun dan masih bujang itu pernah disabitkan dengan kesalahan mencuri dalam bangunan dan dipenjara 30 bulan.

“Berdasarkan siasatan, kita dapati pembantu warden itu mempunyai rekod jenayah bersabit Seksyen 380 Kanun Keseksaan. Dia dijatuhi hukuman penjara 30 bulan bermula dari tarikh ditangkap pada 22 Mei 2014,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Rahmat berkata, pihak polis setakat ini sudah merekodkan keterangan daripada pengetua, kakitangan sekolah dan rakan pelajar itu di madrasah berkenaan.

Pembantu warden tersebut ditahan polis kira-kira 4 petang semalam di rumahnya di Felda Lok Heng Barat, di sini, selepas ibu pelajar tersebut membuat laporan polis berhubung kejadian pukul berkenaan.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat, dilaporkan berkata pelajar tersebut Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffie, terpaksa dipotong kedua kakinya kerana mahu mengelakkan jangkitan kuman pada bahagian lain tubuh badan namun pelajar itu kemudian disahkan koma.

Mohamad Thaqif Amin yang dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, Rabu lepas, menjadi tular di media sosial selepas dipercayai mengalami kesakitan pada bahagian kaki sejak dua minggu lepas akibat dipukul oleh pembantu warden. – BERNAMA

Tags: kes pukulwarden
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Warden Pada Malam Kejadian, Zara Kelihatan Diam Dan Sedih – Saksi

Tiada Warden Pada Malam Kejadian, Zara Kelihatan Diam Dan Sedih – Saksi

12/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada warden bertugas pada malam kejadian yang menimpa pelajar Tingkatan Satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir dan keadaan asrama...

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

13/08/2025
0

Batu Pahat: Lelaki yang memukul guru sekolah memandu hingga berlumuran darah serta merosakkan kenderaan di perkarangan Balai Polis Parit Sulong,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd