• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Irfan Bakti Puas Hati Skuad Penyu Layak Ke Separuh Akhir

oleh Ahmad Albab
22/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Pengendali pasukan Terengganu FA, Irfan Bakti Abu Salim berpuas hati dengan kejayaan pasukan itu melangkah ke separuh akhir Piala FA 2017 biarpun terpaksa menunggu sehingga ke penentuan sepakan penalti sebelum mengatasi Sarawak 4-1 pada aksi di Stadium Negeri, di sini, malam tadi.

“Saya berpuas hati di atas persembahan dan komitmen pemain walaupun terpaksa bermain hingga ke masa tambahan.

“Ada sedikit dukacita kita boleh menyempurnakan perlawanan seawal separuh masa pertama lagi (akibat beberapa peluang terhidang terlepas) seterusnya membawa perlawanan hingga ke penentuan penalti,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan malam tadi.

Perlawanan malam tadi menyaksikan kedua-dua pasukan sebelum ini terikat 1-1 dengan Issey Nakajima-Farran meletakkan Terengganu di hadapan menerusi jaringan pembukaan seawal minit kesembilan sebelum Demerson Bruno Costa menyamakan kedudukan untuk Sarawak pada minit ke-80.

Sebagai rekod, kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 pada aksi suku akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 1 April lepas.

Bagaimanapun, kemenangan skuad Penyu itu terpaksa dibayar dengan harga mahal setelah mereka kehilangan tiga tonggak utama apabila pemain tengah Mohd Faiz Mohd Nasir dan penjaga gol Amierul Hakimi Awang terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan manakala penyerang Abdul Latiff Suhaimi menerima kad merah.

Kehilangan tiga pemain utama itu menyulitkan persediaan pasukan yang akan menghadapi Johor Darul Ta’zim (JDT) II dalam saingan Liga Perdana 25 April ini di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor.

“Pagi esok kami akan adakan latihan sebelum bergerak ke lapangan terbang untuk terus ke Johor Bahru. Kita lupakan sementara separuh akhir Piala FA untuk beri tumpuan kepada Liga Perdana pula.

“Berkenaan keadaan Mohd Faiz saya dimaklumkan oleh doktor tadi dia boleh bermain (menentang JDT II) tetapi saya tidak mahu ambil risiko,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih Sarawak, David Usop seperti hilang kata-kata melihat prestasi pasukan itu yang gagal menyempurnakan beberapa peluang terhidang untuk meraih kemenangan.

“Saya kena fikir semula taktikal pasukan semuanya seakan tidak menjadi malam ini sebelum kita menghadapi Kelantan di gelanggang ini pada aksi Liga Super 26 April nanti,” katanya. – BERNAMA

Tags: Piala FA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengasas Telegram Ditahan: Elon Musk Sindir Undang-undang Eropah

‘Hari Ini Bukan Hari Untuk Kita Pulang Ke Rumah Dengan Kepala Kita Ke Bawah’

25/08/2024
0

KUALA LUMPUR: Kata-kata semangat Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi 'azimat' yang membawa...

JDT Pertahan Piala FA

JDT Pertahan Piala FA

22/07/2023
0

ISKANDAR PUTERI : Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa bermandi peluh sebelum memastikan Piala FA berjaya dipertahankan buat dua musim berturut-turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd