• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

300 Penduduk Chemor & Manjoi Dipindah Ke Pusat Pemindahan

oleh Ahmad Albab
09/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Lebih 300 penduduk di kawasan Chemor dan Manjoi dipindahkan ke tiga pusat pemindahan banjir setakat 8 pagi ini ekoran kediaman mereka dinaiki air.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Hasri Hasbi berkata 40 keluarga melibatkan 285 mangsa dari Kampung Seri Klebang Tambahan 2 di Chemor dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Klebang.

“Dua keluarga dari Taman Klebang Selatan 2, Chemor kini berada di Dewan Komuniti Taman Klebang Selatan, namun jumlah mangsa masih belum direkodkan oleh Majlis Keselamatan Negara,” katanya kepada ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata hujan lebat sejak malam tadi turut mengakibatkan banjir di Manjoi membabitkan kawasan di Kampung Kuala Tanggung dan Kampung Tengku Hussein Lama.

Katanya seramai enam keluarga membabitkan 23 mangsa yang terdiri daripada enam lelaki dewasa, perempuan dewasa (12), kanak-kanak lelaki (empat) dan seorang kanak-kanak perempuan dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Kampung Tengku Hussein.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 9.41 malam dan seramai 26 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Meru Raya dan Simpang Pulai terlibat dalam operasi menyelamat dan memindahkan mangsa.

“Setakat ini paras air sungai di Kampung Seri Klebang Tambahan Dua mencecah satu meter manakala Kampung Kuala Tanggung dan Kampung Tengku Hussein Lama mencecah 1.5 meter,” katanya.

Beliau berkata pihaknya masih memantau keadaan banjir di kawasan berkenaan.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meninjau kawasan banjir di Manjoi dan Chemor malam tadi. – BERNAMA

Tags: BanjirPerak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd