• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Kekal Berada Di Kedudukan Ekonomi Kukuh

oleh Ahmad Albab
20/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Malaysia kekal berada di kedudukan ekonomi kukuh dengan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada antara empat dan lima peratus tahun ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Beliau berkata, pertumbuhan negara secara mampan akan disokong oleh pengunaan domestik yang kukuh, paras rizab luaran yang stabil, inflasi rendah dan dasar monetari yang sesuai.

“Walaupun cabaran ekonomi global menyebabkan persekitaran sukar, kita kekal kukuh dalam mewujudkan persekitaran mesra perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan produk bearing baharu untuk industri pemprosesan minyak sawit dan pengumuman perluasan kilang oleh SKF Malaysia di sini, hari ini.

Ong berkata, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia akan terus membantu dan mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif untuk pelabur berkembang.

Hadir sama pada majlis itu ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SKF Group, Alrik Danielson, Pengarah Urusan SKF Malaysia, Anders Fogelberg serta Duta Sweden di Malaysia, Dag Juhlin-Danfelt.

Sementara itu, semasa sidang media, Ong berkata, Malaysia akan menyertai sebanyak mungkin perdagangan bebas untuk membolehkan negara membuka pasaran bukan hanya untuk pelabur tempatan malah pelaburan antarabangsa. – BERNAMA

Tags: Ekonomi MalaysiaMalaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang wakil komuniti pelarian Rohingya, Sharif Media merayu kepada kerajaan dan rakyat Malaysia agar terus menunjukkan belas...

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd