• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rumah Seorang Ibu Tunggal Rosak Dilanda Ribut

oleh Ahmad Albab
20/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Rumah seorang ibu tunggal di Kampung Masjid, Batu Belacan, Bukit Selambau rosak dilanda ribut semalam.

Halimah Ibrahem, 65, berkata ketika kejadian 5.30 petang itu, dia berada di dalam rumah bersama dua orang cucunya Siti Ainur Shakirah Zamri, 17, dan Siti Ainur Asyura Zamri, 11.

“Kira-kira pukul 5.30 petang, hujan turun lebat diikuti dengan guruh dan kilat sebelum ‘kepala angin’ (pusaran angin) mengangkat bumbung dan meruntuhkan sebahagian dinding rumah saya.

“Saya dan cucu saya hanya mampu melihat bumbung rumah kami diterbangkan angin sebelum jatuh ke atas bumbung di bahgian beranda,” katanya kepada Bernama hari ini.

Tambahnya kejadian itu merupakan yang kedua berlaku, yang pertama kira-kira dua tahun lalu apabila bumbung rumahnya yang didiami sejak lebih 45 tahun lalu diterbangkan ribut.

“Dua hari lepas, hujan lebat serta angin kuat turut melanda kampung ini namun rumah saya hanya rosak sedikit.

“Angin memang kuat di kawasan ini. Seingat saya pada tahun lepas, ada tiga buah rumah jiran saya terjejas akibat ribut,” kata Halimah.

Beliau berkata beliau bimbang jika rumahnya sekali lagi dilanda ribut memandang keadaan cuaca yang tidak menentu sejak seminggu lalu.

“Mujur malam tadi, anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Muda datang dan membantu membersihkan kawasan rumah serta mengalihkan kayu dan atap yang jatuh,” katanya. – BERNAMA

Tags: ibu tunggalribut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

01/09/2025
0

Melaka: Lapan pasangan dicekup berkhalwat menerusi Operasi Cegah Jenayah Syariah (OCJS) di beberapa hotel sekitar Bandaraya Melaka, awal pagi semalam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd