• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Gagal Dalam Rayuan Kurangkan Hukuman

oleh Ahmad Albab
18/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan seorang penganggur untuk mengurangkan hukuman penjara 12 tahun dan lima sebatan kerana melakukan rompakan bersenjata sehingga menyebabkan kehilangan harta benda kepada mangsa, di sini, tahun lepas.

Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen pada 24 Okt tahun lepas terhadap Nor Arman Zainal, 40, selepas didapati bersalah melakukan rompakan dengan menggunakan parang terhadap mangsa.

Dia didapati bersalah melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah rumah di Laluan Keranji 5, Kampung Dato Ahmad Said Tambahan 3 di sini, pada pukul 8 pagi, 8 Jan 2016.

Nor Arman didakwa mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 14 tahun atau dengan denda lain termasuk sebatan.

Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata pengekalan keputusan itu penting kerana tertuduh mempunyai banyak rekod kesalahan lampau termasuk dadah, samun serta satu kes berkaitan dengan membunuh tanpa niat.

Sehubungan itu, katanya, perayu jelas tidak pernah insaf dan perlu diasingkan daripada masyarakat untuk tempoh yang panjang.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, How May Ling, manakala tertuduh diwakili Pardeep Singh. – BERNAMA

Tags: PenganggurPenjara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd