• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azizulhasni Atlet Pertama Cuba Trek Velodrom Nasional

oleh Ahmad Albab
16/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Jaguh trek berbasikal negara, Azizulhasni Awang diberi penghargaan mencuba Velodrom Nasional dan trek berbasikal BMX di Nilai, Negeri Sembilan pada minggu depan sebelum venue itu digunakan untuk temasya Sukan SEA Kuala Lumpur dan Para Asean.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata pemilihan itu sekali gus menjadikan Azizulhasni sebagai atlet berbasikal pertama yang akan mencuba trek berkenaan sebelum majlis penyerahan velodrom itu akhir bulan ini.

“Azizulhasni akan balik ke Malaysia malam ini dan saya sudah minta beliau mencuba trek itu minggu depan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program KL2017@Sekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2) , di sini hari ini.

Velodrom Nasional Nilai yang mula dibina pada Januari 2015 dengan kos RM80 juta dikendalikan Jabatan Kerja Raya.

Azizulhasni yang terkenal dengan jolokan ‘The Pocket Rocketman’ baru-baru ini muncul juara dunia bagi acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Hong Kong.

Terdahulu pada majlis itu, Khairy membuat kejutan dengan memakai maskot ‘Rimau’ Sukan SEA sebelum merasmikan program hari sukan sekolah itu.

Khairy berkata gimik itu merupakan satu daripada inisiatif untuk merancakkan semangat kesukanan golongan remaja khususnya dalam menghadapi Sukan SEA yang akan berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos dan Sukan Para Asean pada 17 hingga 23 Sept.

“Momentum sambutan untuk temasya ini, kita perlu bina sedikit demi sedikit agar menjadi klimaks pada Ogos ini. Saya terfikir idea itu (gimik) untuk acara tertentu yang mana saya sendiri menjadi Rimau dan sekurang-kurangnya saya faham pengorbanan yang perlu dilalui oleh mereka yang menjadi maskot Rimau,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA (Masoc) sudah mencapai 80 peratus daripada sasaran penajaan RM30 juta dalam bentuk wang tunai.

“Semua penajaan berjalan lancar, cuma kami kekurangan sedikit wang tunai. Dalam masa terdekat saya perlu mendapatkan satu atau dua lagi penajaan besar, saya berharap kami berjaya mendapatkannya. Secara keseluruhan jumlah tajaan wang tunai dan perkhidmatan serta barangan sudah mencapai 90 peratus,” katanya. – BERNAMA

Tags: Azizulhasni AwangKhairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd