• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manusia Tertua Dunia Takut Disuntik, Rela Terjun Sungai

oleh
16/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Manusia tertua di dunia, Mbah Gotho, yang berasal dari daerah Seragaen, wilayah Jawa Tengah sedang dirawat selepas dimasukkan ke sebuah hospital awam baru-baru ini.

Warga Indonesia yang nama sebenarnya ialah Suparman alias Sodimejo itu dilaporkan media tempatan sebagai sudah tidak lagi berselera untuk makan sehingga keadaan kesihatannya juga semakin bertambah buruk.

Semasa Mbah Gotho dirawat di hospital, dia marah dan enggan jarinya disuntik kerana takut dengan jarum. Malah, dek terlalu takut, dia memekik dan meminta agar dirinya dicampakkan ke Sungai Bengawan Solo agar cepat mati.

Namun setelah menjalani tiga rawatan perubatan, keadaan lelaki tua berusia 146 tahun itu beransur pulih, menurut salah seorang cucu lelaki berkenaan, Suwarni ketika memberitahu portal berita merdeka.com semalam.

“Sudah makin sihat keadaan Mbah Gotho. Kelmarin, darah jenis O sebanyak empat kantung disalurkan ke dalam tubuh. Datuk pun boleh makan sedikit demi sedikit. Kami semua cemas kerana dia kan tidak pernah jatuh sakit.

“Apatah lagi dirawat di mana-mana hospital, tambah lagi melihat dan merasa suntikan jarum. Ini pertama kali. Jadi dia menjerit-jerit supaya dirinya dibuang saja di Sungai Bengawan Solo biar cepat mati,” kongsi Suwarni.

Walaupun demikian, setelah Mbah Gotho mula berasa tenang dengan tangannya disuntik, dipakaikan lampin dan berada di wad yang berhawa dingin, dia dapat menyesuaikan diri dengan sekitaran hospital, tambah Suwarni.

“Setelah kami berusaha memberikan penjelasan yang sebenar, barulah Mbah Gotho dapat menerima keadaannya. Sekarang dia tidak berasa takut lagi untuk disuntik dengan jarum oleh doktor,” kata wanita berkenaan.

Lelaki itu ada sepuluh orang adik beradik tetapi sudah meninggal dunia termasuk empat isterinya yang terakhir sekali meninggal pada 1988. Semua anaknya juga sudah tiada dan kini dia tinggal bersama cucu dan cicitnya.

Mbah Gotho, yang menyambut ulang tahun ke-146 pada 31 Disember tahun lalu, terpaksa dikejarkan ke hospital tersebut sejak Rabu setelah dikatakan enggan menelan sebarang makanan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: IndonesiaMbah Gotho
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd