• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perjanjian ‘Gentlemen’ JDT Tidak Harus Dipersoal

oleh AK-47
14/04/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perjanjian “gentlemen” yang diperkenalkan oleh juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan tidak membenarkan bekas pemain beraksi menentang pasukan itu tidak harus dipersoalkan oleh pihak-pihak tertentu.

Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards menerusi catatan terbaharu dalam laman Facebook JDT menyatakan: Johor Darul Ta’zim FC mendakwa bahawa perjanjian seperti itu telah lama diamalkan oleh kelab-kelab tertentu di Eropah.

“Keputusan dan perjanjian dibuat untuk mewujudkan situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak. Jadi, kepada individu yanvg kurang bijak, jangan cuba untuk membangkitkan isu yang kecil ini,” kata beliau.

Beliau mengambil contoh Mohd Amri Yahyah sambil berkata pemain veteran itu tidak dibenarkan beraksi menentang JDT kerana kelab yang diwakilinya sekarang, Melaka United tidak dapat membayar gaji penuhnya.

Oleh itu, Edwards berkata kedua-dua pasukan, masing-masing bersetuju membayar separuh gaji kepada pemain berusia 36 tahun itu.

Beliau berkata dua orang bekas pemain JDT – Mohd Nazrin Nawi dan Jasazrin Jamaluddin — juga menghadapi situasi yang sama kerana kedua-dua mereka dilarang menentang JDT memandangkan majikan mereka, Perak FA tidak mampu melunaskan bayaran perpindahan berjumlah RM1.2 juta bagi kedua-dua mereka.

“Apabila Perak tidak mampu membayar jumlah itu dan meminta jumlah tersebut dikurangkan kepada RM400,000, JDT bersetuju selagi kedua-dua pemain tidak beraksi menentang JDT,” kata Edwards.

“Situasi yang sama dihadapi (penyerang kebangsaan) Mohd Safee Sali apabila PKNS tidak mampu melunaskan bayaran penuh perpindahan kepada JDT, jadi Safee Sali tidak boleh bermain menentang JDT disebabkan wujudnya perjanjian “gentlemen” dan JDT bersetuju membenarkan PKNS membayar separuh daripada jumlah tersebut,” kata Edwards. – BERNAMA

Tags: JDT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengucapkan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd