• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Tindakan Pantas Polis Selamatkan Tebusan

oleh AK-47
13/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Satu rakaman video menunjukkan detik seorang anggota polis menyelamatkan seorang wanita dan bayinya yang dijadikan tebusan oleh seorang lelaki menjadi tular menerusi laman sosial.

Lapor portal Tribunnews, kedua-dua mangsa tersebut dijadikan tawanan oleh seorang lelaki tempatan yang dikenali sebagai Herman di dalam sebuah van yang dijadikan teksi.

Herman, 28, dipercayai pada mulanya cuba merompak wanita itu yang hanya dikenali sebagai Rismawati, 40, ketika mereka kebetulan menaiki van tersebut.

Bagaimanapun, Rismawati kemudian menjerit meminta tolong menyebabkan orang ramai di kawasan itu terus mengepung van berkenaan.

Kerana tidak sempat melarikan diri, Herman segera pula mengacukan pisau pada Rismawati dan menjadikan mangsa sebagai tebusan.

“Jika kamu hendak ambil barang saya ambil saja dan jika mahu bunuh saya pun bunuh saja saya, tetapi jangan bunuh anak saya,” ujar Rismawati.

Seorang anggota polis trafik, Aiptu Sunaryanto yang berada di lokasi kejadian cuba berunding dengan Herman tetapi suspek enggan melepaskan mangsa.

Rakaman video di lokasi kejadian menunjukkan Herman meletakkan pisau di leher mangsa sambil menjerit meminta agar dia pula yang dilepaskan.

Selepas lebih setengah jam berunding, Aiptu akhirnya terpaksa bertindak dengan menembak tangan kanan Herman menyebabkan pisau di tangannya terlepas.

Tindakan berani Aiptu itu berjaya menyelamatkan nyawa mangsa dan anaknya manakala Herman yang ditangkap dibawa ke hospital akibat cedera di tangan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: culikIndonesiapolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Pahang Wartakan 32 Tapak Warisan – Exco

Next Post

Seorang ‘Ulat Tiket’, 2 ‘Ulat Sapu’ Didenda RM1,500

Related Posts

Kes Zara Qairina: Polis Tingkatkan Rondaan Di Tanah Perkuburan

Kes Zara Qairina: Polis Tingkatkan Rondaan Di Tanah Perkuburan

11/08/2025
0

SIPITANG: Polis meningkatkan rondaan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol, di sini bagi memastikan keselamatan dan privasi penduduk susulan...

Polis Buru 2 Rakan Didakwa Aniaya Eda Ezrin Dan 5 Lagi

Polis Buru 2 Rakan Didakwa Aniaya Eda Ezrin Dan 5 Lagi

10/08/2025
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan menyifatkan keterangan diberi penyanyi dikir barat moden yang popular dengan lagu 'Bae Sobar Bae', Eda Ezrin...

Next Post

Seorang 'Ulat Tiket', 2 'Ulat Sapu' Didenda RM1,500

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd