• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendekatan Baharu Semarak Industri Pelancongan Perlis

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Kerajaan sentiasa mencari pendekatan baharu untuk menyemarakkan industri pelancongan negeri selain melaksanakan program dan pakej-pakej yang dirancang.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pelancongan Negeri, Abdul Jamil Saad (BN-Sena) berkata pendekatan itu antaranya menjalin kerjasama dengan pengusaha pelancongan Wilayah Satun, Selatan Thai sejak tahun lepas.

“Program-program Homestay (inap desa) bersama itu berjaya menarik pelancong tempatan dan asing tinggal satu atau dua malam di Perlis dan di Satun, dilihat berjaya,” katanya ketika menggulung perbahasan pada akhir persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Menurut Abdul Jamil, Marathon Perlis 2017 pada 30 April ini, antara usaha meningkatkan industri pelancongan negeri telah menarik lebih 12,500 penyertaan termasuk hampir 100 peserta antarabangsa walaupun disasarkan 10,000 sahaja.

Katanya bagi mengelak ketidakselesaan peserta, penganjur terpaksa menutup permohonan penyertaan hari ini walaupun tarikh tutup sebenar ialah 15 April.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Sumber Manusia, Khairi Hassan (BN-Mata Ayer) berkata Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) sentiasa mengambil pendekatan berhemah untuk menamatkan khidmat seseorang imam.

“Saya sedia menerima teguran. Kita tidak pecat tanpa sebab. Imam-imam yang masih sihat dan boleh melaksanakan tugas dengan baik akan diberi peluang meneruskan khidmat selepas berumur lebih 60 tahun,” katanya.

Seorang penyokong kerajaan, Nurulhisham Yaakob (BN-Simpang Empat) dan Mohd Shukri Ramli (PAS-Sanglang) menegur JAIPs yang didakwa mengeluarkan surat pemecatan seorang imam tanpa alasan. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guan Eng Desak Kerajaan Dedah Kos, Tender Terbuka Dan Pihak Lulus Aplikasi TuJu

Guan Eng Desak Kerajaan Dedah Kos, Tender Terbuka Dan Pihak Lulus Aplikasi TuJu

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan mesti berterus terang mengenai kos pembangunan, proses tender terbuka serta pihak yang meluluskan aplikasi navigasi...

Rafizi Serah Kepada Ahli Parlimen Untuk Rujuk Anwar Ke Jawatankuasa Hak Dan Keistimewaan

Rafizi Serah Kepada Ahli Parlimen Untuk Rujuk Anwar Ke Jawatankuasa Hak Dan Keistimewaan

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli menyerahkan kepada ahli-ahli Parlimen untuk mengambil tindakan merujuk Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd