• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khairy Ajak Remaja Nilai Semula Karya Satera

oleh AK-47
06/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengajak generasi belia menilai semula karya sastera serta seni bahasa sebelum ia terus hilang dibawa arus pemodenan.

Beliau berkata sastera dan seni adalah kombinasi menarik yang, antara lain, boleh diguna dalam mencerminkan ketamadunan serta peredaran zaman sesebuah negara dan bangsa.

Katanya, sastera bukan sekadar bahasa puitis sebaliknya merupakan satu medium bagi membawa mesej yang pelbagai, termasuk agenda nasionalisme dan politik, dengan pendekatan lebih menarik.

Khairy berkata demikian semasa berucap sebelum menyempurnakan majlis penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ExxonMobil 2013 di sini malam ini.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Abdul Aziz Ishak dan Pengerusi Subsidiari-Subsidiari ExxonMobil di Malaysia See Kok Yew.

Pada majlis itu, sejumlah 28 penulis merangkul pelbagai hadiah menerusi enam kategori yang dipertanding.

Kategori Novel Remaja, yang menawarkan hadiah wang tunai tertinggi bagi tempat pertama iaitu RM7,000 sekali lagi dimenangi penulis muda kelahiran Sabah, Ruhaini Matdarin menerusi karyanya, ‘Cerita Perang Bariga’.

Tempat kedua kategori itu diraih Hafizah Iszahanid melalui novel ‘Nan Yang’ untuk membawa pulang RM4,500 diikuti Nazri Hussein di tempat ketiga dengan ‘Pewaris Samudera’, yang menerima RM3,000.

Bagi kategori Cerpen, tiga pemenang utama membawa pulang wang tunai RM3,000 iaitu Zainal Rashid Ahmad melalui karyanya ‘Orang Laut Selatan’, Mohd Nazmi Yaakub (Pada Suatu Nama) dan Abang Median Abang Said (Pendekar Si Pencampung Rasa).

Kategori Cerpen Remaja turut menyaksikan tiga pemenang hadiah utama iaitu Jasni Matlani menerusi ‘Alif Ba Ta’, Nordin Saad (Biarlah Buku-Buku Itu Berbicara) dan Dk Mastura Pg Ismail (Cahaya Takdir) yang membawa pulang wang tunai RM2,500.

Kategori Puisi turut menyaksikan tiga pemenang utama iaitu Ainunl Muaiyanah Sulaiman (Berbagi Puisi), Ahmad Fadhlil Mohamad Pakarul-Razy (Nota Renyuk kepada al-Assad II) dan Shamsudin Othman (Sekuntum Mawar di Taman al-Mubarak) yang masing-masing membawa pulang RM1,000.

Kategori Rencana Sastera pula menyaksikan dua pemenang iaitu Md Ishak A Rahman menerusi artikel bertajuk ‘Komunikasi antara Penulis, Pembaca dan Pengkritik’ dan Rudi Affendi Khalik menerusi ‘Sarawak Pilihan Ken Zuraida’ yang membawa pulang wang tunai RM1,000.

Kategori Kajian Sastera, bagaimanapun, tidak mempunyai pemenang tahun ini. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd