• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Hotel Tumbuk Kepala Isteri Dipenjara

oleh Ahmad Albab
13/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang menumbuk kepala isterinya setelah mengesyaki wanita itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain, dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhkan hukuman itu terhadap pekerja sebuah hotel, Alias Ambo, 38, selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kecederaan kepada Andi Hartina Andi Anwar, 39.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula daripada tarikh dia ditangkap pada 9 April lepas.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah flat DBKL di Jalan Loke Yew di sini pada 5 petang, 9 April lepas, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh dan isterinya bertengkar setelah dia mengesyaki wanita itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Tertuduh telah menumbuk kepala isterinya sebanyak dua kali menyebabkan wanita itu membuat laporan polis.

Terdahulu, ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan dia perlu menyara isterinya yang tidak bekerja dan tiga anak termasuk dua daripadanya mempunyai masalah kesihatan dan memerlukan rawatan.

“Minta ringankan hukuman saya…saya janji tak lakukan lagi,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Norelynna Hanim Abd Halim bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh kerana sebagai suami, dia seharusnya melindungi isteri dan tidak sesekali menggunakan kekerasan fizikal. – BERNAMA

Tags: Pekerja HotelPenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali detik sukar yang pernah dilaluinya, tetapi golongan pemandu teksi...

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

13/06/2026
0

SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri hari ini adalah ketentuan Allah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd